Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Serba Salah

Kalau koranglah aper yang korang akan buat if situasi camni happen kat korang?

Situasi 1

Your colleague / opismate selama kini amatlah jarang masuk opis tapi lately ni tersangatlah kerap masuk opis. Dia nak masuk opis lantaklah asalkan tak mengganggu kententeraman…sebabnyer dia ada habit yang menjengkelkan!

Mamat ni kalau bercakap kat handphone tersangatlah kuat sampai u buat donno & sebaik mungkin pekakkan telinga masih boleh terdengar dengan jelas butir-butir percakapan. Tak cukup dengan itu ditambah pula denagan jalan mundar-mandir berdekatan dengan u siap tangan2 merewang-rewang penuh aksi. Lagi menjengkelkan bukan satu phone call dibuat tapi at least 3-4 call berturut-turut.

U tengah nak concentrate or perhaps on call jugak terganggu dengan ‘pencemaran’ bunyi dan pandangan tu. Apa yang u akan buat?

=> Beritahu dia straightforward dengan cara penuh berhemat yang tabiat dia tu sangatlah menggangu?

=> Secara berjenaka / gurau kasar indirectly inform dia yang u terganggu?

=> Beritahu 3rd party, maybe member rapat dia agar orang tu boleh nasihatkan dia?

** Buat masa ini, the only temporary solution me buat ialah keluar dari opis bila dah tak tahan..me merayaulah ke mana kaki mahu melangkah..tapi me seboleh-bolehnyer tak nak buat cenggini coz tengah office hour kan, kerja takkan nak buat slalu, tak pasal2 kena pulak me orang kata tak buat kerja.

Well, please bagi pandangan if say this happen kat korang. Me ni penyegan sikit (he,he)..itulah masalahnya..(eih, macam cerita Impian lak)

Situasi 2

Another serba-salah. Korang baru beli satu produk ni & dah pakai one time, ada isu tentang kualiti which u have to stop using it.

U dah bagitau kat penjual tentang benda ni dengan cara paling sopan..penjual take note & say thank you inform dia. Itu saja.Full stop. Walhal at your side, u memang dah takleh pakai coz kalau u pakai perkara sama akan berlaku. Adakah korang akan

=> Mintak ganti rugi? Tukar dengan barang lain atau pulangkan duit?

=> Kecohkan kat blog / facebook barang dia tak kualiti?

=> Diamkan saja? Kira let golah ni..

Okey, dear hubby suruh me mintak ganti rugi after me dah inform penjual tu..me sekali lagi penyegan..coz barang tu bukanlah mahal coz satu keping jer tak ok..the rest ok..tapi sekeping tu dah tak guna, consider me masih rugi..

Entahlah..susah betul nak decide..situation macam ni happened to me few times..& most of the time me tolerate depends lah tapi kalu macam servis kat kedai makan tak ok..me direct jer inform / sound tapi kalau barang beli online?

Hemm…please bagi pandangan yer kengkawan..coz me serba salah & buntu…

Hanz’s Note : Kejap tadi blackout & today x dapat nak berblog & chat-hop ke tempat kawan2..me got to rush back home.

October 29, 2009 Posted by | Hanz's Feelings, Hanz's Muse | 11 Comments