Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Pesanan kepada blogshop yang jual ‘Natural Parenting’ & ‘Green Living’ Produk

Apa itu ‘Natural Parenting’ & ‘Green Living’ produk?

Secara ringkasnya, produk Natural Parenting & Green Living (mesra alam) seperti bersimbiosis.Kalau anda menyusukan anak secara tidak langsung anda mempraktikkan Green Living.Begitu juga kalau anda memakaikan anak anda lampin kain, anda sudah berusaha menyelamatkan bumi dengan mengurangkan jumlah sampah. Segala produk penyusuan (breastfeeding), lampin kain (cloth diaper), kain gendong (babywearing) dan juga penggantian tuala wanita pakai buang kepada tuala wanita kain (reusable cloth pad) serta barangan bayi yang tidak mendatangkan pencemaran inilah yang me maksudkan.

Me gembira bila melihat tahap kesedaran ‘orang kita’ tentang produk yang mesra alam semakin meningkat apabila sudah banyak blogshop menjual produk yang dinyatakan.

Cuma me agak kecewa bila melihat ada segelintir yang pada me ambil sikap sambil-lewa tentang beberapa perkara. Jadi, me rasa me harus sampaikan ‘pesanan ini’ kepada semua pihak yang terbabit untuk kebaikan bersama. Ini kerana me:

* Macam mention di My profile dan segala yang terkandung dalam Chatterbox (blog) ini, me berusaha mempraktikkan gaya hidup natural parenting & green living & me bersemangat untuk mengajak sesiapa jua ke arah ini demi kebaikan kita sejagat.

* Me rasa bertanggung jawab as on behalf atau mewakilkan rakan-rakan niaga yang telah mengalami perkara yang kurang beretika supaya rakan-rakan niaga lain pun tidak akan mengalami perkara yang serupa.

* Me rasa bertanggung jawab untuk memberitahu rakan-rakan yang menjadi pengguna dan pembeli supaya menjadi pengguna yang bijak. Wang ringgit anda adalah bernilai dan anda berhak mendapat yang terbaik. Jika anda cuba menukar gaya hidup anda seperti yand disebut kemudian anda mengalami kesukaran ditambah pula anda tidak mendapat bantuan atau sokongan yang sewajarnya daripada penjual tersebut, semangat anda mungkin patah di tengah jalan.

Ini adalah pesanan hasil daripada pengalaman sendiri dan juga pengalaman rakan niaga dan rakan yang menjadi pengguna. Tidak bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi me merayu supaya ambil iktibar daripada yang me ingin sampaikan.

Khusus untuk anda, peniaga blogshop di luar sana…..

1. Ketahuilah produk yang anda jual itu dengan sejujur-jujurnya.Lebih bagus, anda sendiri pun pengguna.Kalau anda dah ada pembeli yang dah guna produk anda, boleh minta mereka buat testimoni dan paparkan kat blogshop anda.Selain memberi keyakinan, anda tunjukkan yang anda jujur dan sangat mengesyorkan produk anda itu.

2. Sertakan cara-cara untuk memakai dan menjaga serta apa-apa maklumat yang penting. Cloth diaper atau lampin kain, produk babywearing (gendong), cloth pad (tuala wanita berkain), segala produk berkenaan penyusuan perlu ada maklumat cara penggunaan dan cara penjagaan.Bersedialah terima pertanyaan dan kemusykilan pelanggan anda dan jika anda tidak pasti, tak rugi dapatkan maklumat pada mereka yang lebih arif.

3. Nak letak gambar produk tu janganlah sembarangan ambil dari google atau ambil dari blog atau kedai orang lain. Kalau produk anda tu diambil dari pengeluar, tak salah ambil gambar dia sebab anda dan beritahu jenama dan semua deskripsi pun mestilah sama daripada pengeluar asal termasuklah harga.Mesti ada perjanjian tentang ini, kan?

Kalau anda jual produk keluaran sendiri, buat gambar anda sendiri lebih-lebih lagi produk yang perlu dipakai dan ada langkah-langkah tertentu. Umpamanya ‘Ring Sling’ (gendong). Tak wajar kalau anda copy-paste dari sumber yang tak ketahuan kemudian mengaku itu anda punya.

4. Ambil tahu tentang ciri-ciri keselamatan. Perlu diingatkan, produk menyusu, produk bayi ada tertakluk ciri-ciri keselamatan.

Nak buat ring sling, fabrik mestilah kukuh dan ring pun kenalah kukuh.Kang, tak pasal-pasal ada bayi jatuh semasa dikendong si-ibu. Tak ker menganiaya? Nak tambah susu untuk si-ibu menyusu pun, kenalah pastikan makanan tambahan dapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan.Nak jual mainan pun begitu juga. Nak buat lampin kain (cloth diaper) pun begitu juga samalah nak jual tuala wanita kain (cloth pad).Kalau anda merekacipta produk-produk yang berkait rapat dengan tubuh badan manusia, bersikaplah bertanggung jawab untuk mengeluarkan produk berciri keselamatan yang menjaminkan.

5. Beritahu keadaan sebenar produk. Jangan sesekali menipu atau mengada-adakan ciri yang tidak ada. Misalnya, produk itu asalnya milikan peribadi anda dan anda tak mahu dan nak jual. Beritahu status ‘Preloved’ / ‘Terpakai’ / ‘Second-hand’ dan kurangkanlah dari harga asal.Janganlah tak beritahu walau anda hanya pakai barang tu sekali saja. Mesti beritahu juga.Kalau anda boleh lepas daripada pembeli barang tu, tapi sebenarnya anda sudah bersikap tidak jujur. (Berdosa tau!)

6. Jangan sesekali memburuk-burukkan baik dari segi produk, cara urusniaga dan sebagainya dan membanding-bandingkan blogshop anda dengan kedai atau blogshop orang lain. Tujuan anda nak menaikkan ‘rating’ produk / imej blogshop anda tapi bila anda buat macam ini, anda tabur pasir pada periuk nasi orang lain.Berniaga macam ini tak beretika tau.Sungguhpun ada pelanggan anda bercerita tentang perihal kedai atau blogshop yang tidak enak didengar, dengar dan diamkan saja.Ambil iktibar supaya anda tidak buat perkara yang sama bukan menokok-tambah lagi.

7. Janganlah asyik meniru rekaan orang lain.Kalau anda rasa tak berkemampuan nak mereka, mungkin bidang yang anda buat itu bukan bidang anda. Anda boleh lihat produk pesaing dan belajar sambil cari ilham dan buat kelainan.Kalau anda beterusan meniru rekacipta orang lain, percayalah! Anda tidak akan bertahan lama dan tembelang anda akan pecah satu hari nanti.

8. Janganlah sesekali anda memborong daripada satu blogshop dengan harga yang agak murah kemudian anda jual semula dengan harga yang mahal.Anda tak boleh cari sendiri ker produk yang sesuai untuk dijual sampai anda kena buat macam tu sekali?

Akhir sekali, ampun maaf jika ada yang me cuba sampaikan telah menyinggung mana-mana pihak.Niat me adalah untuk kebaikan kita bersama.

Hanz’s Note : You are welcome to leave your opinions & maybe you want to share your side of story. Silalah beri pandangan atau nak berkongsi.Thanks for your support!

Advertisements

November 11, 2009 Posted by | Green Living, Hanz's Feelings, Hanz's Muse, Hanz's Tips, Natural Parenting | 11 Comments