Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Pesanan kepada blogshop yang jual ‘Natural Parenting’ & ‘Green Living’ Produk

Apa itu ‘Natural Parenting’ & ‘Green Living’ produk?

Secara ringkasnya, produk Natural Parenting & Green Living (mesra alam) seperti bersimbiosis.Kalau anda menyusukan anak secara tidak langsung anda mempraktikkan Green Living.Begitu juga kalau anda memakaikan anak anda lampin kain, anda sudah berusaha menyelamatkan bumi dengan mengurangkan jumlah sampah. Segala produk penyusuan (breastfeeding), lampin kain (cloth diaper), kain gendong (babywearing) dan juga penggantian tuala wanita pakai buang kepada tuala wanita kain (reusable cloth pad) serta barangan bayi yang tidak mendatangkan pencemaran inilah yang me maksudkan.

Me gembira bila melihat tahap kesedaran ‘orang kita’ tentang produk yang mesra alam semakin meningkat apabila sudah banyak blogshop menjual produk yang dinyatakan.

Cuma me agak kecewa bila melihat ada segelintir yang pada me ambil sikap sambil-lewa tentang beberapa perkara. Jadi, me rasa me harus sampaikan ‘pesanan ini’ kepada semua pihak yang terbabit untuk kebaikan bersama. Ini kerana me:

* Macam mention di My profile dan segala yang terkandung dalam Chatterbox (blog) ini, me berusaha mempraktikkan gaya hidup natural parenting & green living & me bersemangat untuk mengajak sesiapa jua ke arah ini demi kebaikan kita sejagat.

* Me rasa bertanggung jawab as on behalf atau mewakilkan rakan-rakan niaga yang telah mengalami perkara yang kurang beretika supaya rakan-rakan niaga lain pun tidak akan mengalami perkara yang serupa.

* Me rasa bertanggung jawab untuk memberitahu rakan-rakan yang menjadi pengguna dan pembeli supaya menjadi pengguna yang bijak. Wang ringgit anda adalah bernilai dan anda berhak mendapat yang terbaik. Jika anda cuba menukar gaya hidup anda seperti yand disebut kemudian anda mengalami kesukaran ditambah pula anda tidak mendapat bantuan atau sokongan yang sewajarnya daripada penjual tersebut, semangat anda mungkin patah di tengah jalan.

Ini adalah pesanan hasil daripada pengalaman sendiri dan juga pengalaman rakan niaga dan rakan yang menjadi pengguna. Tidak bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi me merayu supaya ambil iktibar daripada yang me ingin sampaikan.

Khusus untuk anda, peniaga blogshop di luar sana…..

1. Ketahuilah produk yang anda jual itu dengan sejujur-jujurnya.Lebih bagus, anda sendiri pun pengguna.Kalau anda dah ada pembeli yang dah guna produk anda, boleh minta mereka buat testimoni dan paparkan kat blogshop anda.Selain memberi keyakinan, anda tunjukkan yang anda jujur dan sangat mengesyorkan produk anda itu.

2. Sertakan cara-cara untuk memakai dan menjaga serta apa-apa maklumat yang penting. Cloth diaper atau lampin kain, produk babywearing (gendong), cloth pad (tuala wanita berkain), segala produk berkenaan penyusuan perlu ada maklumat cara penggunaan dan cara penjagaan.Bersedialah terima pertanyaan dan kemusykilan pelanggan anda dan jika anda tidak pasti, tak rugi dapatkan maklumat pada mereka yang lebih arif.

3. Nak letak gambar produk tu janganlah sembarangan ambil dari google atau ambil dari blog atau kedai orang lain. Kalau produk anda tu diambil dari pengeluar, tak salah ambil gambar dia sebab anda dan beritahu jenama dan semua deskripsi pun mestilah sama daripada pengeluar asal termasuklah harga.Mesti ada perjanjian tentang ini, kan?

Kalau anda jual produk keluaran sendiri, buat gambar anda sendiri lebih-lebih lagi produk yang perlu dipakai dan ada langkah-langkah tertentu. Umpamanya ‘Ring Sling’ (gendong). Tak wajar kalau anda copy-paste dari sumber yang tak ketahuan kemudian mengaku itu anda punya.

4. Ambil tahu tentang ciri-ciri keselamatan. Perlu diingatkan, produk menyusu, produk bayi ada tertakluk ciri-ciri keselamatan.

Nak buat ring sling, fabrik mestilah kukuh dan ring pun kenalah kukuh.Kang, tak pasal-pasal ada bayi jatuh semasa dikendong si-ibu. Tak ker menganiaya? Nak tambah susu untuk si-ibu menyusu pun, kenalah pastikan makanan tambahan dapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan.Nak jual mainan pun begitu juga. Nak buat lampin kain (cloth diaper) pun begitu juga samalah nak jual tuala wanita kain (cloth pad).Kalau anda merekacipta produk-produk yang berkait rapat dengan tubuh badan manusia, bersikaplah bertanggung jawab untuk mengeluarkan produk berciri keselamatan yang menjaminkan.

5. Beritahu keadaan sebenar produk. Jangan sesekali menipu atau mengada-adakan ciri yang tidak ada. Misalnya, produk itu asalnya milikan peribadi anda dan anda tak mahu dan nak jual. Beritahu status ‘Preloved’ / ‘Terpakai’ / ‘Second-hand’ dan kurangkanlah dari harga asal.Janganlah tak beritahu walau anda hanya pakai barang tu sekali saja. Mesti beritahu juga.Kalau anda boleh lepas daripada pembeli barang tu, tapi sebenarnya anda sudah bersikap tidak jujur. (Berdosa tau!)

6. Jangan sesekali memburuk-burukkan baik dari segi produk, cara urusniaga dan sebagainya dan membanding-bandingkan blogshop anda dengan kedai atau blogshop orang lain. Tujuan anda nak menaikkan ‘rating’ produk / imej blogshop anda tapi bila anda buat macam ini, anda tabur pasir pada periuk nasi orang lain.Berniaga macam ini tak beretika tau.Sungguhpun ada pelanggan anda bercerita tentang perihal kedai atau blogshop yang tidak enak didengar, dengar dan diamkan saja.Ambil iktibar supaya anda tidak buat perkara yang sama bukan menokok-tambah lagi.

7. Janganlah asyik meniru rekaan orang lain.Kalau anda rasa tak berkemampuan nak mereka, mungkin bidang yang anda buat itu bukan bidang anda. Anda boleh lihat produk pesaing dan belajar sambil cari ilham dan buat kelainan.Kalau anda beterusan meniru rekacipta orang lain, percayalah! Anda tidak akan bertahan lama dan tembelang anda akan pecah satu hari nanti.

8. Janganlah sesekali anda memborong daripada satu blogshop dengan harga yang agak murah kemudian anda jual semula dengan harga yang mahal.Anda tak boleh cari sendiri ker produk yang sesuai untuk dijual sampai anda kena buat macam tu sekali?

Akhir sekali, ampun maaf jika ada yang me cuba sampaikan telah menyinggung mana-mana pihak.Niat me adalah untuk kebaikan kita bersama.

Hanz’s Note : You are welcome to leave your opinions & maybe you want to share your side of story. Silalah beri pandangan atau nak berkongsi.Thanks for your support!

Advertisements

November 11, 2009 - Posted by | Green Living, Hanz's Feelings, Hanz's Muse, Hanz's Tips, Natural Parenting

11 Comments »

  1. i pun pernah terkena tp terkena in a way that i beli babywear utk my baby malangnya blogshop tu tak provide cara2 nak memakainya.i pulak masa tu excited terlebih sbb tgk design terus tak fikir panjang, gi beli..sudahnya sampai sekarang i terkedek2 lagi nak pakai babywear tu.jadi ikena browse kat blogshop lain utk tgk cara2 pakai yg betul however since the product is quite different, susah sikit i nak faham mula2 tu. jadi agak fed up lah nak babywearing…baru guna beberapa kali je sejak beli huhuhuhu

    Comment by yatie chomeyl | November 11, 2009 | Reply

  2. Betul betul dan betul.. bermula ngan breasfeeding, babywearing dan cloth diapering.. sekarang nie dah start guna natural baby care product for baby..sabun,baby oil dan kalau boleh nak semua natural or organik with no extra chemical tapi realitinya agak sukar mendapatkan produk untuk bayi dan utk anda sendiri dari Msia,kalau ada pun mahal plak… …kalau di Etsy siap ada yang buat sendiri sabun2 tu dan harganya murah jea .. kat msia ada org buat?yealah ada pengalaman beli lampin yg owner nie buat sendiri tapi service plak tak bagus .. macamana nak rekomen nak orang lain..kalau u boleh listkan all green living produk yang boleh didapati di Msia ok juga hanz..

    Comment by nadnye | November 11, 2009 | Reply

  3. ini adalah berkenaan isu kepenggunaan jugak..sesetengah org yg jual produk, hanya jual tetapi tidak menjadi pengguna kepada produknya sendiri.. 😦

    Comment by Sitisifir10 | November 11, 2009 | Reply

  4. yerla Hanz, i pun dulu started off dgn blogshop, i penah announce for those yg berminat nak dpt free cd sampling, tinggal details kat my comment box, tgk2 ader blogowner lain ambik details to without my permission and use for her own sake. i dpt tau coz those yg leave their details bgtau i. as a seller, i susah hati bila cust tak berpuas hati tp tak come back to me, but instead bitching with others. sampai bebila tak tau, huhuhu. as a buyer pulak, penah dpt brg yg dah mcm reject2..butang tercabut laaa mcm2 la, but that's the risk i have to pay. mcm2 kan. agree w sitisifir, ada yg jual tp tak guna, so kurang confident dgn brg sendiri.nad..(i ke bad service tu hehehehe)

    Comment by maryaaa | November 11, 2009 | Reply

  5. yela..i pon perasan..ade yg jual barang2 mcm cloth diaper tp sendiri pon sebenarnye takde anak lg..plg suke kalau blogshop tu bg info2 lengkap macam mane nak guna produk yg die jual.

    Comment by Farah | November 11, 2009 | Reply

  6. Betul tu betul…Ya la klau ade testimonial dari yg dah guna, kira cam confident la skit nak cuba…Dulu sebelum CD kn anak mmg cari testimonial org yg dah guna satu2 brand tu and also tanya owner blogshop yg jual CD mana yg lebih dia suggest, list kn semua soalan yg terfikir, klau jwpn dia tu meyakinkn baru decide beli, 😀

    Comment by anamarza | November 11, 2009 | Reply

  7. Hanz,Honestly, me pon agak krg senang dengan penjual CD yg tumbuh macam cendawan skrg nie. I rasa mcm tiba2 jer boom penggunaan & penjualan CD nie, kan? Don't get me wrong, bukannya i jeles diorang nak berniaga ker apa, tapi, at least, pls prove to others that u're applying/ using/ consuming it too. Dan, pls make sure u can answer all the Qs from customers.Ader 1 kes tue, tiba2 me dgr dia dah jadi pengedar CD. Walhal, anaknya dah hampir 2 tahun, tak pernah berCD pon. Baru jerr nak mula. Bila me cucuk2 sket tanya pasal CD, dia dah gabra, xleh jawab. Then, another case, wife still preggie 1st kid, pon dah bukak online CD shop, promote beriya2 mengalahkan me yg dah setahun lebih berCD. Macam2.Maryaaa,Jahat sungguh orang yang curi info from your blog tue! Takpe, Allah Maha Adil. 🙂

    Comment by Mummy Harith Hannah | November 11, 2009 | Reply

  8. Hanz,thx for this pesanan.. me baru jer wat on9 shop kecil2an..cuba tuk share my tested and approved items yg me guna sendiri… few things yg hanz highlighted memang kena kat batang hidung i..but i take that as a guideline so that nanti leh improve kan….as for CD punya kedai..i guess it is good bila dah tumbuh bagai cendawan ni as bila dah banyak competition akan ada perang harga and semua penjual pun berlumba2 nak reduce price so in a way it is good in promoting green living kan which should be affordable tuk semua… dulu i still remember nak beli sekeping pun rabak 86 ringgit from my pocket..thx a lot for sharing this..and as a person yg suka bangat shopping on9 i did face few unfavorable conditions and dah blacklisted pun kedai tu…again, thanks a lot!

    Comment by Rozy | November 11, 2009 | Reply

  9. macam – mac ler org ninak cepat untungnak cepat glamourduit nak buat tpi cara tu tak elok plaknak glamour sbb org lain ade blog jual gitu gini,dia pun nak.tak thulah kak..cam ayu perati gak..sbb jdi hamba duit n keseronokan tu ler jdi gitu.sabo ye kak.dugaan ni.

    Comment by Sidratul Muntaha | November 11, 2009 | Reply

  10. huhuhui memang tak akanbeli kalau orang tu layan i halai balai…i akan beli kat org yg 'pelanggan sentiasa betul'sebab tu i takut nak meniaga kahkahkahmungkin kesedaran orang kita bab khidmat pelanggan masih ditahap kurang baik….berdasarkan pengalaman saya mengabihkan wang di negara orang dolu….saya beli pakai then tak sedap pakai…bleh return hahahhahaahkita kena pertingkatkan kesedaran nilg satu ada org kita meniaga kuat nipujual buku ..jual mahai…jual hosting kata jual tapi sewa…entah laaa….

    Comment by Fid | November 12, 2009 | Reply

  11. Hi Hanz baru skrg sempat tinggalkan komen :)Sebagai seorang WAHM yang ada online shop (but not green-living or baby products), memang setuju sgt apa yg you tulis ni. I rasa byk yg ikut logik jugak (tapi orang masih kurang faham) e.g. kalau nak jual/buat sesuatu produk, jangan la letak gambar sewenang2nya dari google image, letak la gambar produk sendiri. To take photos from other people's website and put it in their own online shop..lagilah, that's a BIG NO-NO! KECUALI kita ni menjual brg orang tu & mendapat kebenaran dari tuan punya gambar/produk tu.I pun ada terkena, orang tiru2 gaya product, tiru2 gaya penulisan dalam website..memang mula2 sangat2 bengang..tapi bila dah go online, susah nk control benda2 macam ni sebenarnya. Orang/pesaing tu kena la guna akal minda sendiri..please be ethical when doing business.Tapi kalau orang nak tiru pun sekarang, I sentiasa ingat pesanan suami, "Imitation is the Sincerest Form of Flattery" 😀

    Comment by SOHO Mama | November 12, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: