Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Mari berkongsi petua kecantikan

Chit-chatters, ada petua kecantikan yang korang amalkan tak? Ritual nak bagi nampak lagi anggun, menawan, tertawan?

Me nak share antara petua kecantikan yang me amalkan atau buat untuk masa-masa tertentu. And, ada juga petua baru me terbaca dan nak buat soon.

Here goes…

  • Nak bibir nampak merah segera tanpa pakai lipstick, sapu ubat gigi & biar 2 ke 3 minit. Lepas tu basuh.
  • Nak hilangkan jerawat, sapu serbuk kayu manis yang dah ditambah dengan beberapa titis air ke kawasan jerawat. Kalau tak ada serbuk, batang kayu manis boleh diasah pada pasu atau tumbuk. Pedih sedikit bila dah sapu tu..kena tahanlah..tapi memang berkesan. Jerawat cepat kecut, parut pun hilang.
  • Jangan makan sambil minum air. Minum air setelah 30 minit selepas makan. Ini petua Seniwati Sarimah nak maintain perut yang kempis dan pinggang yang ramping!
  • Kalau muka berminyak sangat, lumurkan kulit limau nipis ke seluruh bahagian muka baru basuh. Ala-ala scrubbing gitu. Untuk tubuh badan pun bagus! Habis keluar semua daki…kih,kih…
  • Seelok-eloknya masa tidur pakailah stokin bagi mengelakkan angin masuk. Lagi basuh, urut-urut kaki dengan minyak urut atau losyen sebelum pakai stokin dan tidur.Bagus untuk perjalanan darah.
  • Buat campuran susu segar dengan air mineral, jadikan spray penyegar harian. Campuran ni simpan dalam botol spray yang kecil tu, simpan dalam beg. Dari semasa ke semasa, sembur kat muka. Mekap tu boleh touch-up balik, kan? Ini petua awet muda Cindy Crawford bagi kulit muka halus dan licin.
  • Selalu-selalu lumur inai pada rambut, yang daun especially (kena buat sendiri) bukan yang serbuk tu, campur sedikit perahan limau, biar seketika mengikut kehendak sendiri.Nak bagi rambut perang makan masa untuk yang berambut hitam, tapi tujuan sebenarnya nak bagi kulit kepala sihat, rambut kuat dan bersih daripada masalah kelumumur.

Hem..apa lagi yer?Ini je ler yang me teringat dan buat.Ada antaranya me pun dah lama tak buat….nak kena buat balik ni..

Mehlah korang share petua korang pulak… πŸ˜€

Advertisements

December 2, 2009 - Posted by | Hanz's Tips, Lifestyle on Beauty and Feminity

7 Comments »

  1. sebelum tido, minum air segelas, utk elak strok..

    Comment by e.l.i.s.s.m.i.e | December 2, 2009 | Reply

  2. i pon mmg jenis pakai stokin masa tdo, wpon panas pon i suka sgt pakai stokin, tak sangka plak this is one of tips kecantikan ngeeethanks 4 sharing ;)tips: jgn mandi lepas makan,nti perut buncit eheh

    Comment by yatie chomeyl | December 2, 2009 | Reply

  3. Hanz,(1) Bangun pagi, terus minum air masak seteguk/secawan, sebelum gosok gigi. Enzim2 dalam mulut tue akan jadi agen semula jadi sistem perkumuhan. Bagus buang toksin. Hihi.(2) Air basuhan beras (esp bilas pertama) tue disimpan. Panaskan dalam periuk, kemudian letak dlm mangkuk, dan wap kan pada muka. Insya Allah, liang2 roma akan bersih, muka jadi bersih dan krg bermasaalah. Tak perlu pergi SPA. <– Masa student dulu rajin amalkan. Now, dah malas. πŸ˜›

    Comment by Mummy Harith Hannah | December 2, 2009 | Reply

  4. i ade satu je..kalau taknak ketiak hitam..jangan cukur!hahaha

    Comment by Farah | December 2, 2009 | Reply

  5. Petua sebelum tido:Kalau nak tido jangan pakai baju, pakai selimut je.Tidur PASTI terganggu.

    Comment by desh | December 2, 2009 | Reply

  6. menarik2…lepas ni boleh cantik mcm cindy crawford le ekkk? tapi itupun kalau buatlah kan?

    Comment by l i e y n | December 3, 2009 | Reply

  7. Yang bab minum air tu mmg betul tapi susah nya nak praktikkan..kalau org tua selalu pesan, jangan minum air yang sejuk dan berais tapi tu lah lagi susah nak ikut… nanti tua2 badan tak sakit2..sekali sekala minum juga mana boleh tahan ..:>

    Comment by nadnye | December 3, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: