Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Sumbangsaran itu bagus!

Sumbangsaran? Apa tu?

Takyah buka Kamus Dewan..dalam bahasa omputihnyer..Brainstorming!

Brainstorming atau sumbangsaran kalau kena pada caranya sangat bermanfaat pada kita. Kita boleh buat untuk diri sendiri atau masa berbincang.

Seingat me, masa kat sekolah, kat IPT even bila dah bekerja ada masa dan ketika, ada seseorang yang akan galakkan kita untuk buat sumbangsaran ni. Betul tak? Anda sendiri pun pasti ada pengalaman bab-bab sumbangsaran ni..apa kata kita berkongsi tentang pengalaman anda buat sumbangsaran atau Brainstorming?

As for me, me dah amalkan buat Brainstorming untuk diri sendiri khusus untuk blog. Tak dinafikan, ada masa dan ketikanya, kita akan dapat writer’s block atau maksudnya, buntu idea menulis. Jadi, ada blogger dengan rajinnya nak atasi masalah ni, masuk macam-macam contest. Hadiah, mutu persembahan penyertaan tu belakang kira. Janji blog ber-update! Betul tak?

Hehehe, me pun buat camtu jugak..tapi tak selalulah..sebab selalu kalau me masuk contest, me suka peram-peram dulu. But, tak disangkal, entry contest pun boleh jadi menarik untuk orang nak membaca or maybe orang nak intai-intai camner kita buat entry contest kot-kot boleh tiru-tiru sikit idea tu, kan? Kan?

Itu satu cara. Hari ni, MommyLyna ada berkongsi camna cara cetuskan idea nak tulis blog in case dah kebuntuan idea. Boleh tengok SINI.

Me pula guna buka nota ni…ha macam gambar kat bawah ni…

Masa lunch me bawak, sambil2 tunggu makanan sampai, me pun merenung jauh…

Ada masa bila dah takder kerja kat opis ni, me pun mulalah conteng-conteng saja sambil-sambil bloghopping tu…pembacaan dari blog orang lain pun boleh cetuskan idea juga. Asalkan kita tak cuba buat musuh dengan hentam blog orang tu..ish, ish..kalau tak suka blog tu, jangan masuk jer.Hati tak sakit, musuh pun tak dapat.

Masa tengok tv kadang-kadang, me letak tepi buku tu & bila idea mari, me just jot down.

Ada masa dan ketika idea mari tak tentu masa dan tempat, so cepat-cepat me jot down dalam buku tu sebelum idea itu hilang.

Rasanya kalau jadi seorang penulis sepenuh masa pun buat macam ni. Brainstorming banyak-banyak.


Bukan ker J.K. Rowling, pencipta Harry Potter tulis-tulis idea dia atas serviette masa dia jadi waitress dulu-dulu…??? ;D

Advertisements

December 30, 2009 Posted by | Adore BLOGGING, Hanz on Random Matters, Hanz's Tips | 26 Comments