Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Saya tak pernah sekolah tadika (Bahagian 1)

Orang selalu bertanya pada saya, “Anak tak sekolah ker hari ni?”

Me akan jawab sama ada “Tak…dia Homeschool..” atau “Dia sekolah ngan Mama nyer..”. Lepas tu sama ada si penanya mendiamkan diri atau terus bertanya lagi. Kalau diam tu, tak tahulah sama ada dia faham ke tidak dengan my jawapan tapi kalau tanya camni, “Homeschool? homeschool kat mana?”

Errrrkkk…camna me nak jawab ya?

Kalau nak jawab kat rumah, dah tentu tak tepat sebab my eldest boy, Hanafi ada bersama-sama me kat opis..tapi satu persoalan yang ketara…apa yang orang faham pasal Homeschool ni? Ingat ada center buat Homeschool ker macam kelas Kumon tu? Ker diaorang Homeschool tu nama tadika?

Sebelum me bagi pendapat & kongsi info pasal homeschool, nak juga tahu pendapat Chit-chatters pasal homeschool..sila beri pendapat atau kongsi cerita atau pengalaman, boleh? Thank you in advance!!!

“Apa yang saya tahu pasal Homeschool?”

Me sendiri adalah produk homeschool tapi tak lamalah..sampai takat tadika jer…yer…me seumur hidup tak pernah bersekolah tadika…my 4 orang abang & 2 orang kakak pun sama..kenapa yer my parents tak hantar anak-anak mereka tadika? Entahlah…me pun tak pasti.

Tapi, apa yang pasti, me dah boleh baca buku cerita Bahasa Malaysia & English dengan lancar sebaik saja masuk Darjah 1. Matematik pun okay. Sampai Cikgu Matematik Darjah 3 marah sama me sebab habiskan buku latihan matematik sebelum Cikgu mulakan topik tu dalam kelas..yelah, sebab me dah buat sendiri, jadi dalam kelas, boring jer..tunggu kawan-kawan baru nak buat, jadi itu sebab me banyak baca buku cerita untuk waktu terluang tu.

Bila dah anak sendiri takdelah automatik terus nak homeschool anak-anak..tapi minat pada Pendidikan Awal Kanak-kanak bermula secara tak langsung masa me jadi Babysitter tak bertauliah.

Lepas grad dan jadi penganggur terhormat, me sampaikan niat nak jaga anak orang..sorang pun jadilah..bab jaga bayi & kanak-kanak, sangat biasa pada my mom…bila my mom dah ada cucu sendiri baru dia stop. So bila me beritahu tu, both mom & dad, cam tak percaya..Biar betul! Reti ker? Yelah..me mana pernah ada adik…tapi biasalah tengok-tengokkan anak kakak & abang…so me cakap, Insya-Allah, boleh..

Tampal iklan kat depan pintu pagar rumah membuahkan hasil. Dapatlah permintaan dari ibu muda baru habis berpantang anak sulung. Mula-mula masa bab nak mandi tu, my mom yang mandikan..takutlah..kecik sangat…sebulan kemudian baru me ambil alih buat semua termasuk mandi. Ingat lagi nama budak kecik tu.. Azalea namanya..comel sangat! Hampir setahun juga me babysit Azalea ni sebelum me mula jadi pekerja & buat part-time studies…

Sepanjang jaga Azalea ni, me suka jadikan dia macam bahan ujikaji..bukan yang mcam kat makmal tu..suka observe perkembangan dia & suka ajar dia..Satu perkara yang paling ketara, me ada gantung soft toys bentuk bintang warna kuning kat buaian dia & sebab warna kuning tu, Azalea jadi peminat warna kuning. Mak dia beritahu, kalau nak beli baju, mesti dia tunjuk warna kuning. Mak dia hairan tapi me tak cakaplah camner jadi camtu…kuat juga influence bintang kuning tu, hehehehe…..

Daripada situlah minat me pada kanak-kanak semakin mendalam & bila ada anak sendiri, me berazam, nak ajar sendiri..tapi masih tak diperkenalkan dengan konsep Homeschool ni. Me cuma merajinkan diri surf internet pasal parenting, education dan sebagainya.

Okaylah, me nak sambung kerja…nanti me cerita pulak, macam mana boleh terjebak dengan Homeschool ni…tunggu…..

Advertisements

January 22, 2010 Posted by | Adore HOMESCHOOLING, Hanz on Random Matters, Lifestyle on Parenting | 9 Comments