Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Saya tak pernah sekolah tadika (Bahagian 2)

Mari sambung celoteh pasal tadika, homeschooling dan segala…

Kalau tak silap me, first time terjumpa terms homeschooling ni sekitar tahun 2004, baru jadi Mama…terjumpa website Family Place (www.familyplace.com) yang diasaskan oleh pasangan KV Soon & Chong Wai Leng. Pasangan ni ajar tiga orang anak, bekerja sendiri dari rumah dan antara pelopor homeschooling kat Malaysia ni. Sebabkan me masih lagi bekerja sepenuh masa masa tu, rasa tak mungkin boleh buat homeschooling ni. Tapi me tetap selidik dari semasa ke semasa pasal homeschooling ni. Ikutkan negara luar dah terlalu biasa dengan konsep homeschooling tapi di Malaysia agak banyak yang perlu dibaiki.

Nak tahu lebih lanjut pasal homeschooling di Malaysia ni, boleh baca karya Chong Wai Leng ni. Me sangat-sangat mengesyorkan buku ni pada yang berminat pasal homeschooling, bersesuaian dengan situasi pendidikan di Malaysia.

Tak lama tu, terlintas di hati nak mendalami pendidikan awal kanak-kanak sebab terlebih rajin dok surf website sana sini, baca majalah parenting, beli buku parenting, so why not teruskan dengan lebih spesifik? Search sana sini, terjumpalah kursus diploma yang part-time dari Universiti Malaya. Setahun setengah, kelas pun hari Sabtu jer, the whole day & habis selidik dapat tahu, kursus ni banyak hands-on. Selepas dah timbang-tara segala yang berkaitan, diteruskanlah niat tu, jadilah me pelajar ‘tua’ pendidikan awal kanak-kanak. Nak jadikan cerita lagi kena VSS pulak kat company lama dulu, jadi bolehlah me concentrate ngan study walau part-time. Dah alang-alang menyeluk pekasam, sempatlah 8 bulan, tanam anggur, me pun terus daftar kat SSM for my enterprise ,The Honeybunch Enterprise, jual VCD Kanak-kanak. My servis special tau sebab me review each VCD yang me jual. Honesty is the best policy. Diikutkan my boys banyak koleksi VCD hasil bisnes dulu dan VCD adalah antara tool yang penting me guna untuk ajar anak-anak. Trust me. It works & it fast!

Tak lama tu me pun apply kerja jadi guru tadika. Naklah aplikasikan apa yang me dah belajar,kan? Malam-malam jadi Cikgu Tuisyen ajar Matematik sampai tahap Darjah Enam jer. Happy jugak mengajar ni sebab mengajar peringkat tadika memerlukan kelainan dan Cikgu Tuisyen pulak nak bagi motivasi. Hari-hari kena ada approach yang berbeza-beza dan yang me suka part nak buat alatan pembelajaran. Masa nilah boleh tunjuk skill kreativiti. Seronok tau. Ralit bila mengadap peralatan lukisan.

Nai ikutkan lama tak lama me dalam bidang pendidikan sampai ke tahap jadi Pengetua Tadika. Tapi, me hanya boleh merancang. Me terpaksa akur dengan takdir bila me disahkan hamil buat kali kedua, sakit macam-macam, me quit dari bekerja. Sekali lagi jadi penganggur. Masa nilah me concentrate ajar Hanafi daily..betul-betul buat homeschooling. Masa jadi guru tu, homeschooling buat jugak cuma tak fully. Me memang take note perkembangan each of my boys. Ilmu yang ada hasil dari belajar dan pencarian, me cuba sebaik mungkin untuk diaplikasikan to my two boys.

Me ni macam CHAMELEON, bidang pendidikan pun boleh, bidang bisnes management pun boleh.Memang rezeki kami, bila me start balik kerja 9 to 5, me jumpa employer yang baik hati. Dapat keizinan bawa anak ke opis ni bukan senang nak dapat kat mana-mana, kan? Cuma Hanafi yang me bawa ke opis. Last year, hanya 2 kali seminggu tapi this year dah everyday. Sebabnya sebelah pagi, Hanafi akan attend kelas agama (TAFA), 9 sampai 11. Masa tengah hari, me gunakan ajar dia membaca dan menulis. Petang-petang, buat masa ni dua kali seminggu Hanafi attend kelas e-Nopi Matematik, biasanya sebelum dan selepas kelas, bila Hanafi dah bangun dari nap-time, me sambung ajar dia. Hanafi lebih banyak buat latihan yang me dah allocate untuk dia hari-hari. Tapi opis ni nak pindah soon. Tak tahulah sama ada boleh teruskan bawa Hanafi ke opis ke tidak. Me berdoa dipermudahkan segala urusan…

Bertugas di opis sekarang, internet adalah kawan baik yang paling akrab. Tak boleh bayangkan internet takde dalam hidup. Huissh! Haru! Selain kewujudan Chatterbox ni, dapat ramai kawan, jumpa pulak mereka yang betul-betul buat homeschool. Mamafiza, pengasas Malaysia Homeschool Unite (http://littlekittle.com/forum/) dan owner blog Littlekittle (http://littlekittle.com/blog/) yang famous tu, Coachsha, Sandra Rocco, Elaine, Joan Darcy dan ramai lagi pun buat homeschooling jugak.

Tambah bersemangat selepas attend Homeschool Chatter Moment anjuran Mamafiza dan Blogger VIP yang hadir, Red Mummy. Boleh tengok cerita penuh kat sini. => Homeschool Chatter Moment.

Masih banyak yang me perlu perbaiki bab-bab homeschool ni & me masih timba ilmu dari mereka yang lebih berpengalaman. Ilmu kena sentiasa ditimba. Sesunguhnya, my boys pun akan ikut dan sedang mengikut jejak langkah me yang tak pernah tadika seumur hidup. Me yakin homeschool is the best for them. Me akan perjuangkan homeschool ni sampai tahap yang me mampu.

HOMESCHOOL BEST!!


Advertisements

January 29, 2010 - Posted by | Adore HOMESCHOOLING, Hanz on Random Matters, Lifestyle on Parenting

13 Comments »

  1. Salam Hanz…nak tanya sikit. Personally do you think it's possible to homeschool your child if you are a full time working mother?Macam minat nak start sikit2 kat Naufal (my son) tapi mcm tak confident pulak. Banyak sgt yang masih nak kena belajar and this blog sangat2 lah informatif. Thanks a lot and keep up the good work!

    Comment by YatieJay | January 30, 2010 | Reply

  2. Yatie…me is one full time working mom (FTWM) & yes, it's possible. HS bukan tertakluk di rumah saja & quantity is not everything. Quality yg penting. In case, soon Hanafi tak dapat stay with me in the office, me still akan HS him during nighttime & weekends.Homeschool bukan terikat pada syllabus atau rigid timetable tapi nak buat jugak camtu lagi bagus.Ada disiplin.Yang WAHM atau SAHM boleh 100% HS dengan timetable & some follow syllabus tertentu. But for preschool age & below, still flexible. Do more reading, structured play & bring them outing & mingle with people of different background & see the world! Homeschool means the WORLD is the CLASSROOM & there's no limit to it! It is up to you what you want to teach your child. Anyway if you want to HS fully, u kena apply with Education Ministry, meaning tak hantar anak ke sekolah rendah dan seterusnya. This is another topic to cover & we yet to be in this journey. :>Do share your HS story with me & the rest ya! :> Help yourself with tips to teach & any other under specific topic in this Chatterbox ya.

    Comment by Hanz | January 30, 2010 | Reply

  3. babe, i kagum dgn semangat u untuk HS ur boys. untung u dpt bos yg super-understanding siap leh bwk hanafi g ofis sekali dgn u. hope lps opis dh pindah pon, hanafi still leh g "school" dgn u di ofis. amin

    Comment by yatie chomeyl | January 30, 2010 | Reply

  4. Hanzme berminat nak jadi student tua tu laaa….kat mana nak dapatkan info ya???

    Comment by Fid | January 30, 2010 | Reply

  5. masih tak berapa paham ttg homeschool ni..but will give it a peek later…cuma, mana2 schooling pon bagus gak hanz?janji kita take note n take part ttg perkembangan pembelajaran anak2 kita..re:sebelum ni tak masuk gak anime bleach tu tapi dah dok baca manga yang SIL bwk balik masa dlm pantang….so, dah tersangkut!hanz kena tgk dari episod 1!

    Comment by CatlinaFly | January 31, 2010 | Reply

  6. i luv you punya semangat. Go for it…

    Comment by tifa | February 1, 2010 | Reply

  7. Yatie, moga doa Yatie tu dikabulkan…aamiinn…

    Comment by Hanz | February 1, 2010 | Reply

  8. Fid, kita chit-chat pasal ni. Poke me there! Wink! ;P

    Comment by Hanz | February 1, 2010 | Reply

  9. Cat, pasal school ni susah nak cakaplah Cat…cara parents nak involve pun kena ada caranya..my IMHO based on siblings's, in-laws & friends experience on their kid's schools.HS in an alternative, provided that u willing to commit.

    Comment by Hanz | February 1, 2010 | Reply

  10. Thanks Tifa. Yeah!!! Semangat2!!

    Comment by Hanz | February 1, 2010 | Reply

  11. ok, noted, thanks..:) agaknye sebenarnye dlm tak sedar kita mmg dah praktikkan cuma tinggal nak improvise lagi…

    Comment by CatlinaFly | February 1, 2010 | Reply

  12. envy u can bring your kids to office..

    Comment by Dayah | February 2, 2010 | Reply

  13. Bestnya leh bawak anak ke tempat kerja. Nini klu sakit je la boleh bawak pun. tu pun kalau busy giler. And bos memang nk nini keje. Hehehhe aritu masa kami bukak booth kat mygosccon putrajaya ada sorang mum ni, asking boleh ke kami buatkan satu website khas untuk HS nih. sampai gitu sekali minat dia.. but of course la kalau dia sorang, susah sebab fees dia. Then, nini ada sugest why not buat satu portal untuk share silibus, subject etc HS ni? mana-mana yang minat boleh join and contribute. 🙂

    Comment by UmmiKhayra | February 4, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: