Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Homeschool 602 : Mengajar anak membaca pantas dengan e-Xra

e-Xra ialah singkatan untuk eclectic-Express reading approach dan boleh diterjemahkan sebagai pendekatan pengenalan silibik secara ekspres. Tanpa perlu mengeja, tanpa perlu mengenal abjad dan tanpa perlu membunyikan huruf, ia merupakan satu teknik membaca cepat melalui mengenal dan mengecam bunyi sukukata.

Kaedah ini telah diilham, ditulis dan disusun oleh Pn. Rohayati Haroun yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Kanada dan telah disemak oleh suaminya, Profesor Madya Dr. Mohamed Amin Embi, pensyarah dalam bidang TESL di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keseluruhan pakej mengandungi beberap buah buku bacaan mengikut tahap kemahiran berperingkat, beberapa buah buku latihan menulis, buku panduan mengajar dan CD-rom interaktif untuk pengukuhan.

Untuk bacaan dalam bahasa Inggeris pula, e-Xra telah menggabungkan kedua-dua konsep phonics dan whole language approach.Pakej seperti bahasa Malaysia juga.

Kaedah e-Xra ini telah memenangi anugerah Rekacipta tahun 2003 dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Maklumat lanjut sila dapatkan di halaman web http://www.e-xra.com

Hanz’s Note : Sebelum mengajar Hanafi membaca dalam bahasa Malaysia, Hanafi telah lama didedahkan bermula dengan membaca bahasa Inggeris melalui kaedah penggunaan Whole Word Approach dengan buku-buku bersiri Ladybird, Peter & Jane dan disusuli dengan kaedah phonics.

Hanafi agak bermasalah dalam membaca dalam bahasa Malaysia pada peringkat permulaan semasa pernah ke sekolah tadika selama tiga bulan. Apabila telah diperkenalkan dengan kaedah e-Xra, sejak bulan April tahun lepas sehingga sekarang, alhamdulillah…Hanafi sudah boleh membaca dalam bahasa Malaysia dengan lancar. Sekarang ni dia dah kyusuk membaca buku cerita dan majalah kanak-kanak setelah amat yakin dengan kebolehannya. Me sendiri pernah mengikuti kursus cara menggunakan kaedah e-Xra ini anjuran pencipta kaedah ini sendiri. Sangat mengesyorkan pelaburan ini dibuat oleh ibu bapa dan tenaga pengajar.

Advertisements

March 30, 2010 Posted by | Adore HOMESCHOOLING, Hanz's Products Reviews, Lifestyle on Parenting, Notes on EARLY CHILDHOOD EDUCATION, Notes on READING and BOOKS | 13 Comments