Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Homeschool 602 : Mengajar anak membaca pantas dengan e-Xra

e-Xra ialah singkatan untuk eclectic-Express reading approach dan boleh diterjemahkan sebagai pendekatan pengenalan silibik secara ekspres. Tanpa perlu mengeja, tanpa perlu mengenal abjad dan tanpa perlu membunyikan huruf, ia merupakan satu teknik membaca cepat melalui mengenal dan mengecam bunyi sukukata.

Kaedah ini telah diilham, ditulis dan disusun oleh Pn. Rohayati Haroun yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Kanada dan telah disemak oleh suaminya, Profesor Madya Dr. Mohamed Amin Embi, pensyarah dalam bidang TESL di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keseluruhan pakej mengandungi beberap buah buku bacaan mengikut tahap kemahiran berperingkat, beberapa buah buku latihan menulis, buku panduan mengajar dan CD-rom interaktif untuk pengukuhan.

Untuk bacaan dalam bahasa Inggeris pula, e-Xra telah menggabungkan kedua-dua konsep phonics dan whole language approach.Pakej seperti bahasa Malaysia juga.

Kaedah e-Xra ini telah memenangi anugerah Rekacipta tahun 2003 dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Maklumat lanjut sila dapatkan di halaman web http://www.e-xra.com

Hanz’s Note : Sebelum mengajar Hanafi membaca dalam bahasa Malaysia, Hanafi telah lama didedahkan bermula dengan membaca bahasa Inggeris melalui kaedah penggunaan Whole Word Approach dengan buku-buku bersiri Ladybird, Peter & Jane dan disusuli dengan kaedah phonics.

Hanafi agak bermasalah dalam membaca dalam bahasa Malaysia pada peringkat permulaan semasa pernah ke sekolah tadika selama tiga bulan. Apabila telah diperkenalkan dengan kaedah e-Xra, sejak bulan April tahun lepas sehingga sekarang, alhamdulillah…Hanafi sudah boleh membaca dalam bahasa Malaysia dengan lancar. Sekarang ni dia dah kyusuk membaca buku cerita dan majalah kanak-kanak setelah amat yakin dengan kebolehannya. Me sendiri pernah mengikuti kursus cara menggunakan kaedah e-Xra ini anjuran pencipta kaedah ini sendiri. Sangat mengesyorkan pelaburan ini dibuat oleh ibu bapa dan tenaga pengajar.

Advertisements

March 30, 2010 - Posted by | Adore HOMESCHOOLING, Hanz's Products Reviews, Lifestyle on Parenting, Notes on EARLY CHILDHOOD EDUCATION, Notes on READING and BOOKS

13 Comments »

  1. i used this book to teach in the kindie where i work previously. it's very very good 😀

    Comment by Merryn | March 30, 2010 | Reply

  2. budak umur bape hanz yg elok pakai buku ni?

    Comment by Elyn | March 30, 2010 | Reply

  3. Merryn…: yeay another thumbs up from another expereinced mom.Elyn : Ikut testimonial daripada pencipta kaedah ni, umur paling mudah pernah didedahkan dengan kaedah ni ialah setahun 6 bulan..tapi dengan baca guna CD-rom interaktif dia. Budak tu boleh baca dah…boleh rujuk kat website dia..

    Comment by Hanz | March 30, 2010 | Reply

  4. Dr. Amin tu my ex-lecturer kat UKM dulu. nak kena beli ni sbb nak cuba ajar my daughters membaca guna ni. kat mana boleh beli ye?

    Comment by temp. housewife | March 30, 2010 | Reply

  5. K.Yani, diaorang stay & buat kursus tu kat Bangi most of the time..since dah keje UKM, kan? Hanz beli direct from them but ada jugak yang memang buat kelas, pengajar memang akan jual sekali.Check website yg Hanz provide tu…nanti dah nak balik Malaysia, kan? or else kena kirim..

    Comment by Hanz | March 30, 2010 | Reply

  6. hmmm menarik ni..irfan baru 2 years, bole dah ka guna teknik ni?nak jenguk website dia kejap lagi insyaAllah

    Comment by Drama Mama | March 30, 2010 | Reply

  7. wow, amazed by ur effort to educate ur child. hope that one day, i can be the same too

    Comment by yatie chomeyl | March 30, 2010 | Reply

  8. hanz,thanks for sharing.. nanti nak p jengah… hopefully ade rezeki anak2..kakyong la ni tak terschdule dah jadual belajr anak2.. kdg2 depa tak mau buku.. so tgk CD dgn depa, kdg2 bila byk kerja sendiri + kerja rumah, so just let them layan CD jer.. sambil2 tu layan la CD interaktif dgn depa.. skrg ni dah susah nak ajar anak 1 by 1.. bila nak mula jar abgnyer.. 3-3 dok sekali.. pastu seme berebut nak sebut & nak pegang buku… huuuhhuuu..

    Comment by kakyong | March 30, 2010 | Reply

  9. Drama Mama : Boleh…insyaAllah..each session make it less than 15minutes, make it fun & interactive…the interactive CD is a good start.Yatie : InsyaAllah..Yatie pun boleh…Kakyong : Macam Kakyong, jadi SAHM & now dah WAHM bukan senang…nanti Hanz buat research on discipline strategy game & taking roles & put up that topic here…Hanz sendiri pun kena cari teknik tu bila Hanafi & Hambali belajar sama2, despite 4 years age gap…insyaAllah

    Comment by Hanz | March 31, 2010 | Reply

  10. saya tak start lagi mangajar anak membaca secara konsisten..my Dhani macam tak focus je..baru bukan satu page dia dah bukak page lain..suka-suki dia je nak tgk yang mana..cam ne tu?K.Hans, saya ada nak kasik award ni..terimala ye.. http://littlesharingspace.blogspot.com/2010/03/tq-bentop-blogger-award-2010.html

    Comment by dbalkis | March 31, 2010 | Reply

  11. Dbalkis : If it is ok with u, please check my previous notes on Reading ya..ada few tips there.. :>

    Comment by Hanz | March 31, 2010 | Reply

  12. Hanz, this is very good info. Thanks so much for posting this. My daughter pun merangkak if baca in BM esp since dekat rumah lagi banyak communicate in English. Playhouse Disney pun english. Sometimes she gets confuse…

    Comment by Ica | April 1, 2010 | Reply

  13. another great entry hanz.. nak carijugak.. thanks

    Comment by nadnye | April 3, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: