Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Susu Mama rasa strawberry

Bila tengok nama blog Minah, MyStrawberi, teringat satu perkara…kebetulan pula semalam Farah ada berkongsi, anaknya Afif tak fussy bab-bab makan…

Me percaya, anak yang menyusu daripada susu ibu kebiasaannya memang tidak memilih dalam soal pemakanan. Kajian telah dibuat dan telah terbukti, kandungan susu ibu sentiasa berubah-berubah mengikut masa dalam masa 24 jam (me ada graf tentang kandungan susu ibu ni mengikut waktu..tak dapat nak link kat sini) dan dipengaruhi juga nutrien yang diambil daripada diet si-ibu.

Kalau setin susu tepung, dikategorikan mengikut kesesuaian tahap umur sebagai contoh, bayi baru lahir, bayi dari umur sebulan hingga 6 bulan, kemudian 6 bulan keatas, ada pula setahun hingga tiga tahun, tapi kuasa Yang Maha Esa menjadikan susu ibu itu berubah-ubah mengikut kesesuaian si-anak dan boleh didatangi pelbagai rasa..Maha Agung Ciptaan Tuhan! Si ibu tak perlu risau, sesuai ker susunyer untuk anak dia sekarang sebab pakejnyer dah cukup lengkap dan standard kesesuaian berubah-ubah…

Tak percayakah kata-kata from me?

Anak sulung me, Hanafi suatu hari selepas selesai daripada menyusu, sekitar umur hampir 3 tahun, pernah memberitahu, “SUSU MAMA RASA STRAWBERRY.” Tergamam sekejap Mamanyer, lalu bertanya,”Betul ker rasa strawberry susu Mama?” Dia mengangguk sambil senyum-senyum.

Dan sekarang ni, me perhatikan my boys suka minum kopi! Ooooppsss…jangan ikut contoh teladan me ni yer..Kanak-kanak minum kopi sangat tidak bagus! Salahkan si-ibu, (me-lah tu) yang peminum kopi tegar tahap kronik. Jadi, secara tak langsung, mereka ni macam tak rasa pelik rasa kopi yang pahit tu bila diberi rasa seteguk dua lebih-lebih lagi Hanafi yang berminat sangat-sangat bila memerhatikan kami, Papa dan Mamanyer minum kopi..maybe dah ada sikit-sikit rasa kopi dalam susu ibu?

So, ibu-ibu yang menyusukan anak, sila prihatin pada ambilan pemakanan dan diet. Contohnyer, kalau nak anak suka makan sayur, si ibu pun kenalah suka makan sayur..like me, me lihat my boys takder masalah bab-bab makan sayur, dan Baby Hambali pula memang makan apa saja, kami nak dia pandai makan, tak nak terlalu memilih…me percaya ada kaitan dengan susu ibu juga.

Sekali lagi me nak berpesan, jangan ikut me bab minum kopi tu yer..tak elok…sekian..

Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace

April 29, 2010 Posted by | Adore BREASTFEEDING, Adore NATURAL PARENTING, Hanz on Random Matters, Hanz's Boys, Lifestyle on Parenting | 12 Comments