Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Susu Mama rasa strawberry

Bila tengok nama blog Minah, MyStrawberi, teringat satu perkara…kebetulan pula semalam Farah ada berkongsi, anaknya Afif tak fussy bab-bab makan…

Me percaya, anak yang menyusu daripada susu ibu kebiasaannya memang tidak memilih dalam soal pemakanan. Kajian telah dibuat dan telah terbukti, kandungan susu ibu sentiasa berubah-berubah mengikut masa dalam masa 24 jam (me ada graf tentang kandungan susu ibu ni mengikut waktu..tak dapat nak link kat sini) dan dipengaruhi juga nutrien yang diambil daripada diet si-ibu.

Kalau setin susu tepung, dikategorikan mengikut kesesuaian tahap umur sebagai contoh, bayi baru lahir, bayi dari umur sebulan hingga 6 bulan, kemudian 6 bulan keatas, ada pula setahun hingga tiga tahun, tapi kuasa Yang Maha Esa menjadikan susu ibu itu berubah-ubah mengikut kesesuaian si-anak dan boleh didatangi pelbagai rasa..Maha Agung Ciptaan Tuhan! Si ibu tak perlu risau, sesuai ker susunyer untuk anak dia sekarang sebab pakejnyer dah cukup lengkap dan standard kesesuaian berubah-ubah…

Tak percayakah kata-kata from me?

Anak sulung me, Hanafi suatu hari selepas selesai daripada menyusu, sekitar umur hampir 3 tahun, pernah memberitahu, “SUSU MAMA RASA STRAWBERRY.” Tergamam sekejap Mamanyer, lalu bertanya,”Betul ker rasa strawberry susu Mama?” Dia mengangguk sambil senyum-senyum.

Dan sekarang ni, me perhatikan my boys suka minum kopi! Ooooppsss…jangan ikut contoh teladan me ni yer..Kanak-kanak minum kopi sangat tidak bagus! Salahkan si-ibu, (me-lah tu) yang peminum kopi tegar tahap kronik. Jadi, secara tak langsung, mereka ni macam tak rasa pelik rasa kopi yang pahit tu bila diberi rasa seteguk dua lebih-lebih lagi Hanafi yang berminat sangat-sangat bila memerhatikan kami, Papa dan Mamanyer minum kopi..maybe dah ada sikit-sikit rasa kopi dalam susu ibu?

So, ibu-ibu yang menyusukan anak, sila prihatin pada ambilan pemakanan dan diet. Contohnyer, kalau nak anak suka makan sayur, si ibu pun kenalah suka makan sayur..like me, me lihat my boys takder masalah bab-bab makan sayur, dan Baby Hambali pula memang makan apa saja, kami nak dia pandai makan, tak nak terlalu memilih…me percaya ada kaitan dengan susu ibu juga.

Sekali lagi me nak berpesan, jangan ikut me bab minum kopi tu yer..tak elok…sekian..

Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace

Advertisements

April 29, 2010 - Posted by | Adore BREASTFEEDING, Adore NATURAL PARENTING, Hanz on Random Matters, Hanz's Boys, Lifestyle on Parenting

12 Comments »

  1. Yer lah hanz, baby BF ni memang tak memilih makan, my son pon mcm tu gak sampai kekadang dia lebih suka mkn nasi ngan kicap saja, padahal lauk byk (^_^). Lagi satu…dia suka minum teh-o, mcm bapak dia gak, ni pon tak elok jugak nih.

    Comment by fiza | April 29, 2010 | Reply

  2. ala hanz, i ni hantu kopi and my daughter dah start nak nyebok bila i tengah minum… risau pulak kalau dia start nak minum my coffee hmmm… tapikan, masa i pregnant dulu pun i banyak minum coffee tau. so tak bagus jugak sebab dia dalam womb dah start merasa caffeine ;P

    Comment by toughcookie | April 29, 2010 | Reply

  3. i mmg hantu sayur, tapi adam agak memilih bab sayur. kdg mkn, kdg tak. camno tuh?

    Comment by isabelle | April 29, 2010 | Reply

  4. Bab rasa strawberry tu maknanya sedap la…hehe, mmg betul anak yang menyusu ibu memang tak memilih makan sangat.. sebab anak yang sulung mmg memilih kalu bandingkan dengan adik2nya

    Comment by nadnye | April 29, 2010 | Reply

  5. Kalau kita makan jamu susu kita pun rasa jamu la ye ? Apa pendapat Hanz ye? Patut ke kita makan jamu lepas pantang ?

    Comment by tifa | April 29, 2010 | Reply

  6. Fiza : Tang teh-o tu musykil sikit..hehehe… :>Juan : Jangan ikut Juan minum kopi sambil BF..hahahha..(jangan mare, dear)Belle : Kecik lagi..janji dia makan jugak daripada langsung tak makan..macam my nephew langsung x makan sayur & dia memang tak BF…relevan ker? kasi blend jer terus ker buat jus? hehehe…Nad : Mak bangga noks, susu rasa strawberri setanding di pasaran..ekekekeTifa : Me tak pernah makan jamu dari dulu sampai skarang sebab tak tahan heat, nanti sakit kepala..Tifa, i think u need to cut down the intake..masa me gi course dulu, been advised mom yang BF better not to take jamu at all coz we dunno the effect to our baby, some what i heard, naik ruam, cirit-birit…ala..Tifa, kalu nak slim & nak well-maintain body, there are other option to do right? tunggulah after Farhan dah tak menyusu dah..

    Comment by Hanz | April 29, 2010 | Reply

  7. susu kita memang 'membawa' rasa apa yang kita makan dan minummalahan warna jugasebab tu satu lg kelebihan anak menyusu ibu adalah dia kenal rasa rasa sejagat!

    Comment by Fid | April 29, 2010 | Reply

  8. Fid : Rasa sejagat? Ku suker ayatmu itu. Kelas gitewz! :>

    Comment by Hanz | April 29, 2010 | Reply

  9. hye..hehe.anak i skrg 2tahun. kalau nak susu..dia akan kate"mama kopi satu.."sbb dia pernah minum air kopi i..so bile dah tukar susu ke choc punye flavor, dia xnak..so terpaksa tipu dia cakap tu kopi mama. baru dia nak minum

    Comment by Mommyyus | May 3, 2010 | Reply

  10. eh mommyyus punya trick baguslah! i nak guna nanti when the time comes untuk tipu sunat hehe…

    Comment by toughcookie | May 3, 2010 | Reply

  11. toughcookie:juan..mule2 pening kepale i, sbb dia dah xnak minum susu. terpaksa tukar flaver, n cakap tu kopi..macam kate u, tipu sunat..hanz..ank u minum kopi lagi? nasib baik dia xpandai order kopi ais lagi..

    Comment by Mommyyus | May 4, 2010 | Reply

  12. me tak minum kopi…tp kalo kuar susu rasa strawbery..best gak tuh..hahaha

    Comment by strawberi | May 7, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: