Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

10 Cara nak mengenali Blogger Tegar di Malaysia

Nak jadi Blogger tegar? Cuba ikut tip-tip ni…

Blogger yang tegar selalunya….

1. Hari-hari mesti update blog. At least sekali dan weekend pun tak tinggal. Tapi blogger tegar selalunya sehari update blog dua tiga entri dah jadi kebiasaan dia. Ada jer cerita dia.

2. Jarang sekali tertinggal kamera kat rumah. Kalau takder kamera canggih pun, paling koman, camera phone. Janji sentiasa bersedia untuk ambil apa saja gambar kot-kot boleh jadi bahan cerita nanti nak pos kat blog.

3. Kalau ada gathering sesama blogger, muka dia mesti kita nampaklah. Tak kira apalah. Jemputan besday anak sesama kawan blogger pun dia mesti tunaikan jugak. Ada jer kita tengok posting dia jumpa kawan kat sana, jumpa member kat sinun..macam-macamlah, kan…

4. Cerita hambar yang merepek-repek pun Blogger tegar ni boleh ulas dengan gaya penuh menarik. Daripada orang tak sanggup nak baca pun jadi seronok pulak masa baca posting dier. Gaya penulisan dia memang boleh buat reader blog dia tak lari. Boleh katakan ada jer orang nak masuk dan baca.

5. Dekat blog dia mesti ada sesuatu keunikan yang boleh buat blog dia lain dari lain. Kadang-kadang blog yang simple takder widget2 segala alah hiasan-hiasan pun orang tetap nak masuk blog dia. Cuba kaji antara blogger otai di Malaysia ni..apa yang ada kat blog diaorang sampai orang nak masuk jugak..kaji layout diaorang.

6. Kalau Blogger tegar kena berjauhan dari kediaman sebab tugasan ker, cuti-cuti Malaysia ker, dia seboleh-bolehnyer nak dapatkan jugak akses internet. Tak hidup tanpa internet, tau! Jadi diaorang ni mesti bawa bersama notebook, wirelss, broadband, blackbeerry, tah haper-haper lagi, janji dapat internet.

7. Blogger tegar rajin bagi respon pada aktiviti berkait dengan blog advertiser, contohnyer Nuffnang. Contest ker, promosi ker, orang kata mencuba nasib..sambil menyelam minum air..manalah tahu ada tuah, boleh menang! Sambil-sambil tu dapat tarik perhatian advertiser dan cara buat duit sambil menyambil dan blog sebagai lubuknya ada imbuhannya.

8. Blogger tegar tak lokek ilmu. Memanglah tak semua Blogger dok bagi panduan segala tapi sekurang-kurangnya dia akan berkongsi pengalaman dia dalam sesuatu kemahiran atau pengetahuan dalam blog dia. At least dia cerita pasal percutian dia siap beritahu kat mana tempat tu tempat makan yang best dan gambar jadi bukti, kita yang membaca ni tak terpengaruh ker? Orang putih kata words by referral ni lagi berharga, apatah lagi datang daripada Blogger tegar yang sangat berpengaruh.

9. Blogger tegar rajin promosikan blog dia dalam macam-macam cara. Mula-mula blogwalking tu biasalah.Lepas tu dia masuk geng blogger, sign-up group blogger tertentu ker. Ada jugak yang rajin buat contest atau giveaway atau ada jugak yang buat sessi terjah-menerjah blog orang lain pastu buat ulasan. Wo! Memang berbaloi-baloi kalau buat segala janji rajin demi menaikkan trafik reader.

10. Hemm…apa lagi yer? Ada idea lagi tak?

Segala yang terkandung dan diulas adalah hasil pengamatan me.

Hanz’s : Saja buat angka 10, kasi bunyi lagi sedap..kang kalu 9 macam tak biasa, kan?

Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace
Advertisements

June 23, 2010 Posted by | Adore BLOGGING, Hanz on Random Matters, Hanz's Tips | 22 Comments