Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Buku ‘Siapa Alien?’ nukilan Wardina Safiyyah memang padat dengan ilmu


Habis membelek dan menilik buku Siapa Alien?, me dapati….

## Padat dengan maklumat tentang fakta sains, sejarah dan hal ehwal umum.

## Melahirkan sifat rasa ingin tahu dan memupuk pemikiran yang kritis dan mampu berfikir dengan luas melalui jalan cerita yang dipersembahkan

## Meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak supaya berfikir luar daripada yang terbatas (think out of box)

## Diselitkan serba-sedikit nasihat yang berguna dijadikan panduan pada kanak-kanak seperti sifat suka membaca itu bagus.

## Panduan untuk ibu bapa bagaimana menggunakan buku ini sangat luas bukan sekadar dibacakan buku pada anak-anak tetapi ada juga cadangan aktiviti lanjutan disertakan.

Me belum lagi betul-betul menggunakan buku ini sepenuhnya, hanya sekadar menyelak dan bercerita sedikit dengan my eldest boy, Hanafi.

Hanz’s : Sementara MPH tengan Member’s Sale ni, bolehlah dapatkan buku ni dengan diskaun 20%. Ada lagi penulisan buku kanak-kanak yang sangat menarik daripada penulis Malaysia yang me dah jumpa dalam bahasa Inggeris. Maybe next time, kita rembat pula 4 buku penulisan another Malaysian writers. Malaysian writers dah setanding dengan penulis antarabangsa.

Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace
Advertisements

July 4, 2010 Posted by | Hanz's Products Reviews, Lifestyle on Parenting, Notes on EARLY CHILDHOOD EDUCATION, Notes on READING and BOOKS | 5 Comments

Bila sistem pendidikan kebangsaan jadi bahan ujikaji

Sedikit masa dahulu kita dikejutkan dengan persoalan wajarkah pendidikan seks dijadikan salah satu silibus di sekolah menengah. Siapa tahu apa kesudahannya?

Kemudian, bermula pula era subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya keberkesanannya diragui sama ada matlamat perubahan yang diinginkan kesampaian atau tidak. Apa pula kesudahannya?

Terkini desas-desus UPSR dan PMR mahu dimansuhkan pula. Dan, pendidikan prasekolah pula ingin diperkenalkan dengan lebih awal seawal setahun? Dua tahun? Ini kerana ada persoalan timbul untuk sessi tahun satu dimulakan seawal usia 5 tahun. Jika kedua-dua ini ingin dilaksanakan, pasti ada matlamat yang mahu dipenuhi. Pokoknya sekarang, bersediakah tenaga para pengajar kita? Lengkapkah mereka dengan ilmu dan pengalaman sewajarnya sebagai pengorak pembentukan transisi itu?

Banyak yang kita dengar tentang ketidakpuasahatian orang ramai terhadap segala macam perubahan demi perubahan ini. Ibu bapa jadi serba salah. Keyakinan pun goyah dan kualiti sistem pendidkan mula dipersoalkan.

Itu belum lagi kita bangkitkan isu kualiti pendidikan di peringkat yang lebih tinggi seperti IPT.

Sebagai ibu bapa, apa pilihan yang kita ada? Apa keputusan anda? Apa yang ingin anda kongsi? Me sangat mengalu-alukan pandangan rakan sekalian.

Hanz’s : Lebih yakin dengan keputusan untuk terus Homeschool. Dalam proses penyediaan dan perlengkapan diri dan seisi keluarga dalam pelbagai sudut.




Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace

July 4, 2010 Posted by | Hanz on Random Matters, Lifestyle on Parenting | 4 Comments