Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Cabaran lazim bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya (Bahagian Pertama)

Dah lama tak bercerita tentang breastfeeding. Nak buat kupasan serba-sedikit berdasarkan antara aduan, keluh-kesah, rungutan malah tangisan yang me terima secara langsung atau berdasarkan yang me dengar dari suara rasa ibu lain. Jadi me buat kupasan bila rintihan dan kerisauan ibu-ibu ni boleh dikategorikan pada beberapa perkara. (terima kasih pada Puan Farah SaraKids untuk posting ini) menimbulkan rasa mahu berkongsi dan lebih lagi membantu para ibu yang menyusukan sepenuhnya sama ada yang masih lagi berjuang atau dalam perancangan.

CABARAN PERTAMA : SOKONGAN
Antara luahan rasa yang mungkin kedengaran:
* kdg2 rasa give up nak breastfeeding sbb suami tak sokong
*Mak saya susah nak percaya anak ni harus diberi susu ibu.
*Orang nursery beri anak saya susu tepung sbb katanya susah nak handle EBM
*Majikan saya tak support dan suka sound saya bila saya ambil masa mengepam di surau
*Orang ckp saya kedekut. Jimat nak beli susu anak.
*Susah nak fahamkan pengasuh pasal cara nak handle susu ibu
*Orang cakap anak saya petite, doc pun cakap mcm tu, sbb anak tak cukup susu. Kena top up dgn susu formula

Cara Atasi :

Sokongan dari suami : Pujuklah suami, galakkan suami untuk sama-sama menghadiri kelas penyusuan seperti yang dianjurkan oleh Sarakids. Buat pembentangan tentang kebaikan susu ibu dengan mendapatkan maklumat berkenaan daripada sumber seperti World Health Organization (WHO), badan-badan bertauliah dan Pakar Laktasi. Kalau beritahu suami tersayang bahawa perbelanjaan boleh dikurangkan kerana bekalan susu tidak perlu dibeli, si suami pasti tertarik, bukan?

Sokongan dari majikan :
Boleh usulkan pada HR Department untuk buat proposal. Puan Rita Rahayu melalui websitenyer, Moms Little Ones ada menyediakan surat usulan dan proposal yang boleh diketengahkan di tempat anda bekerja. Jika usulan adalah mustahil, mungkin sedikit pengorbanan diperlukan pada pihak ibu. Pamlah di waktu luar kerja seperti sebelum waktu kerja bermula, masa rehat dan selepas waktu kerja. Sepatutnya semasa pekerja yang beragama Islam pergi menunaikan solat di surau dan waktu ini juga digunakan untuk mengepam, majikan tidak boleh pertikaikan. Tapi sebagai pekerja, ibu janganlan mengambil kesempatan peluang ini untuk mengambil masa bekerja terlalu lama digunakan untuk mengepam.

Sokongan dari keluarga :
Tak kiralah dari ibu kandung, ibu mertua atau sesiapa saja dalam keluarga ibu lengkapkanlah diri anda dengan ilmu penyusuan secukupnya.Tidak perlu bertegang urat, memadailah anda nyatakan fakta yang disokong oleh kajian atau pengalaman dari rakan-rakan menyusu yang lain untuk membetulkan pandangan mereka yang kurang tepat. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang tidak menyokong tapi sebaliknya, ambil apa isu yang ditimbulkan itu dan dapatkan fakta sebenarnya untuk membuktikan sama ada pandangan mereka itu tepat atau tidak.Kuatkan semangat anda dan buktikan yang anda berupaya meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Sokongan dari sekeliling :
Sukar bukan kalau pengasuh anak kita tidak menyokong dengan pelbagai alasan? Langkah pertama, ibu sendiri perlu mendidik mereka bagaimana hendak mengendalikan susu ibu. Sediakan nota, buat tunjuk cara dan sediakan peralatan seperti pemanas susu, tempat menyimpan susu perahan dan sebagainya. Dapatkan maklumat dari rakan atau kaunselor laktasi bagaimana hendak buat bekalan sewaktu anak dalam asuhan penjaga. Jika ini masih sukar, si ibu harus berfikir adakah berbaloi meneruskan menghantar anak kita dalam jagaan pengasuh sebegitu. Ibu berhak menentukan apa yang terbaik untuk anaknya dan sebagai seorang penjaga yang menawarkan perkhidmatan penjagaan anak, mereka seharusnya hormat dengan keputusan si ibu itu.

Rakan, saudara-mara malah orang luar, cara yang paling mudah ialah si ibu tidak perlu terpengaruh atau berasa hati dengan pandangan yang diberikan. Ibu adalah berhak pada anaknya dan anda tahu apa yang terbaik. Kata-kata sebegitu tidak harus memberi kesan kepada anda sebaliknya menambah lagi semangat dan kekuatan kendiri pada anda si ibu.

Secara keseluruhan, dapatkan sokongan dari kumpulan sokongan susu ibu dan jangan biarkan diri anda bersendirian dalam mengahadapi cabaran-cabaran seperti ini.

Bersambung untuk kategori cabaran kedua…….

Advertisements

July 16, 2010 Posted by | Adore BREASTFEEDING, Hanz's Tips, Lifestyle on Parenting | 8 Comments