Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Cabaran lazim bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya (Bahagian Pertama)

Dah lama tak bercerita tentang breastfeeding. Nak buat kupasan serba-sedikit berdasarkan antara aduan, keluh-kesah, rungutan malah tangisan yang me terima secara langsung atau berdasarkan yang me dengar dari suara rasa ibu lain. Jadi me buat kupasan bila rintihan dan kerisauan ibu-ibu ni boleh dikategorikan pada beberapa perkara. (terima kasih pada Puan Farah SaraKids untuk posting ini) menimbulkan rasa mahu berkongsi dan lebih lagi membantu para ibu yang menyusukan sepenuhnya sama ada yang masih lagi berjuang atau dalam perancangan.

CABARAN PERTAMA : SOKONGAN
Antara luahan rasa yang mungkin kedengaran:
* kdg2 rasa give up nak breastfeeding sbb suami tak sokong
*Mak saya susah nak percaya anak ni harus diberi susu ibu.
*Orang nursery beri anak saya susu tepung sbb katanya susah nak handle EBM
*Majikan saya tak support dan suka sound saya bila saya ambil masa mengepam di surau
*Orang ckp saya kedekut. Jimat nak beli susu anak.
*Susah nak fahamkan pengasuh pasal cara nak handle susu ibu
*Orang cakap anak saya petite, doc pun cakap mcm tu, sbb anak tak cukup susu. Kena top up dgn susu formula

Cara Atasi :

Sokongan dari suami : Pujuklah suami, galakkan suami untuk sama-sama menghadiri kelas penyusuan seperti yang dianjurkan oleh Sarakids. Buat pembentangan tentang kebaikan susu ibu dengan mendapatkan maklumat berkenaan daripada sumber seperti World Health Organization (WHO), badan-badan bertauliah dan Pakar Laktasi. Kalau beritahu suami tersayang bahawa perbelanjaan boleh dikurangkan kerana bekalan susu tidak perlu dibeli, si suami pasti tertarik, bukan?

Sokongan dari majikan :
Boleh usulkan pada HR Department untuk buat proposal. Puan Rita Rahayu melalui websitenyer, Moms Little Ones ada menyediakan surat usulan dan proposal yang boleh diketengahkan di tempat anda bekerja. Jika usulan adalah mustahil, mungkin sedikit pengorbanan diperlukan pada pihak ibu. Pamlah di waktu luar kerja seperti sebelum waktu kerja bermula, masa rehat dan selepas waktu kerja. Sepatutnya semasa pekerja yang beragama Islam pergi menunaikan solat di surau dan waktu ini juga digunakan untuk mengepam, majikan tidak boleh pertikaikan. Tapi sebagai pekerja, ibu janganlan mengambil kesempatan peluang ini untuk mengambil masa bekerja terlalu lama digunakan untuk mengepam.

Sokongan dari keluarga :
Tak kiralah dari ibu kandung, ibu mertua atau sesiapa saja dalam keluarga ibu lengkapkanlah diri anda dengan ilmu penyusuan secukupnya.Tidak perlu bertegang urat, memadailah anda nyatakan fakta yang disokong oleh kajian atau pengalaman dari rakan-rakan menyusu yang lain untuk membetulkan pandangan mereka yang kurang tepat. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang tidak menyokong tapi sebaliknya, ambil apa isu yang ditimbulkan itu dan dapatkan fakta sebenarnya untuk membuktikan sama ada pandangan mereka itu tepat atau tidak.Kuatkan semangat anda dan buktikan yang anda berupaya meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Sokongan dari sekeliling :
Sukar bukan kalau pengasuh anak kita tidak menyokong dengan pelbagai alasan? Langkah pertama, ibu sendiri perlu mendidik mereka bagaimana hendak mengendalikan susu ibu. Sediakan nota, buat tunjuk cara dan sediakan peralatan seperti pemanas susu, tempat menyimpan susu perahan dan sebagainya. Dapatkan maklumat dari rakan atau kaunselor laktasi bagaimana hendak buat bekalan sewaktu anak dalam asuhan penjaga. Jika ini masih sukar, si ibu harus berfikir adakah berbaloi meneruskan menghantar anak kita dalam jagaan pengasuh sebegitu. Ibu berhak menentukan apa yang terbaik untuk anaknya dan sebagai seorang penjaga yang menawarkan perkhidmatan penjagaan anak, mereka seharusnya hormat dengan keputusan si ibu itu.

Rakan, saudara-mara malah orang luar, cara yang paling mudah ialah si ibu tidak perlu terpengaruh atau berasa hati dengan pandangan yang diberikan. Ibu adalah berhak pada anaknya dan anda tahu apa yang terbaik. Kata-kata sebegitu tidak harus memberi kesan kepada anda sebaliknya menambah lagi semangat dan kekuatan kendiri pada anda si ibu.

Secara keseluruhan, dapatkan sokongan dari kumpulan sokongan susu ibu dan jangan biarkan diri anda bersendirian dalam mengahadapi cabaran-cabaran seperti ini.

Bersambung untuk kategori cabaran kedua…….

Advertisements

July 16, 2010 - Posted by | Adore BREASTFEEDING, Hanz's Tips, Lifestyle on Parenting

8 Comments »

  1. Sokongan dari suami :menentang tidak,menyokong pun tidak.tpi pada dia selagi mana ayu tak terbeban,dia ok jer.beside,dia prefer ayu bf sbb mmg economical utk kuarga kami yg selalu no money nih.Sokongan dari majikan : sngt2 supportive n even masa gi BTN last year pun,intructor tu siap bg breaktime tuk kami yg BF ni gi pam susu (instructor aderlah lelaki dan belum ade 30 pun umurnya)Sokongan dari keluarga :ni ayu buat msuk tinga kanan,kuar tinga kiri.mak ayu tgh gigih memujuk suh anak bg susu nan.ehehe..tpi buat bodoh jer sbb kali ni mmg komited.Sokongan dari sekeliling : nursery sgt2 ok..siap tnyer camner nak handle n storage..siap pantau timeframe n bape oz setiap kali zahraa' minum.alhamdulillah..mmg bile betul – betul dah niat tuk menyusukan ank ni..mmg Allah perlapangkan jalan ayu.tpi siyes,masa tempoh 4 bulan pisah susu bdn dgn setot sbb dah pregnant 6 bulan..sedih sgt sbb time setot nak,kita terpaksa tak bg..sbb dah mula tak larat n lesu..huu..sampai laa ni..dia jaki dgn adik dia..asal nmpk ayu storage susu tu,dia pun nak minum jugak even kat tgn dia dah ade susu formula dia.huuuuuu..

    Comment by Sidratul Muntaha | July 16, 2010 | Reply

  2. Ayu, thanks for sharing your side of story. Betul kata Ayu, bila kita bersungguh-sungguh dengan niat yang betul, Allah permudahkan jalannya. Kesian pulak dengar cerita Aqil..kalu Ayu rasa betul2 boleh banyak stok susu, boleh bagi juga pada Aqil..yalah dulu bukan kehendak dia bercerai susu kan tapi sebab Ayu preggie…lagi banyak kita gigih buat production susu, supply akan meningkat.InsyaAllah…

    Comment by Hanz | July 16, 2010 | Reply

  3. arwah ma i dulu pon x menyokong bila kak nur nak fully bf anak sulung dia dulu. i x salahkan arwah mama sbb dia mungkin x cukup pengetahuan pasal ni.bila i dh bersalin, my MIL mula2 pun x faham dan x berapa boleh nak terima kptsn i utk fully bf baby SN.nasib baik i dah fahamkan darling hubby awal2 pasal pendirian i ni, so hubby la yg byk tolong i..in a way that hubby x beli pon FM wpon mak dia suruh. hubby buat aalsan, susah nak cari FM yg halal kat jepun hehehe..*tapi memang betul susah nk cr FM yg halal di jepun..ada 1-2jenama je yg boleh consume, yg lain semua ada lemak bab* hohohoohoh

    Comment by yatie chomeyl | July 17, 2010 | Reply

  4. Thanks for sharing.. saya ni skrg 3rd pregnancy. Baru yang ni, saya bersungguh2 pasang niat nak BF. Dulu, alasan no1 ialah malas/malu nak selak baju… yg paling best, bila baby nangis saya pass baby kat my biras minta dia susukan… Saya add blog ni dalam blog saya yer. Thanks.

    Comment by Ayin | July 18, 2010 | Reply

  5. Thanks for sharing. Saya pun masuk 3rd pregnancy baru bersungguh-sungguh niat nak BF. Dulu, alasan NO1 ialah malas/malu nak selak baju. Yang paling best, bila time berjalan, bila baby nangis, saya pass kat my biras minta dia susukan. saya add blog ni dalam blog saya yer. thanks.

    Comment by Ayin | July 18, 2010 | Reply

  6. Memang ada cabaran, tetapi macamana kita mengharungi dan menyakini orang lain. Anak kita, rasanya ibubapa adalah yang patut menentukan apa yang bagus untuk anaknya..Rasanya kalau kita cukup ilmu dan cari ilmu tentang penyusuan dan berpegang kuat pada itu, Insya-Allah dipermudahkan..Susu saya agak merudum sekarang nie tetapi masih boleh supply lagi untuk Sarah..huhuhu

    Comment by nadnye | July 20, 2010 | Reply

  7. sokongan daripada suami memang sangat2 perlu. Kalau boleh, di awal2 pregnancy, kita usulkan pada suami yang mana tak tau lagi pasal kebaikan bf ni.. šŸ™‚ alhamdulillah, nini memang dapat full support dari suami..Bab majikan lak, nini memang awal2 berkorban sikit.. hehehhe berkorban lunch.. šŸ˜› nini pagi pam sebelum masuk, tghari time lunch ptg time balik… lelama lepas tu, baru minta bos pam kat cubicle je… :)bab org sekeliling, time awal2 tebalkan telinga jek… šŸ˜›

    Comment by ummikhayra | July 20, 2010 | Reply

  8. Ayin : Semoga menghadapi BF journey dengan manis & semangat yang kuat!Nad : Still supply EBM for Sarah? Wow! Me dah since Hambali 2 years old dah start supplemnting formula…direct feed is still is.Nini : Pengorbanan si-ibu pasti membuahkan hasil..belum cerita bab2 pahala lagi tu… šŸ™‚

    Comment by Hanz | July 20, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: