Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Cabaran lazim bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya (Bahagian Kedua)

1 ke 7 Ogos, adalah sambutan minggu penyusuan susu ibu sedunia. Sudahkah ibu membaca bahagian pertama isu ini? Kalau belum, boleh klik SINI.

Perkongsian diteruskan dengan cabaran lazim seterusnya.

CABARAN KEDUA : Tekanan dalaman si ibu.

Macam biasakah didengari seperti ini?

* saya rasa down sangat tengok susu makin kurang
*frust la bila pump susu tak keluar langsung
*Anak asyik mengamuk bila menyusu sebab tak puas
* saya jealous tengok orang lain boleh buat beratus botol, sedangkan stok susu saya kasi pagi makan pagi.
*Saya tengok org lain senang je latch kan baby, kenapa saya ni susah sgt
*Saya tak cukup masa nak mengepam di ofis sbb kerja saya banyak
*Saya rasa geram, sayalah tukang menyusu, sayalah tukang basuh perkakas mengepam, sayalah tukang salin lampin anak, saya buat semua. Penat!
*Badan cepat penat bila menyusu. Nak layan suami pun tak ada mood
*Susah rasa nak susukan anak semula lepas dah bagi dia susu formula
*Breastfeeding ni susah, susah sebenarnya!

CARA ATASI :

Niat : Ibu sendiri sahaja yang tahu apakah niat yang dipasang setelah keputusan untuk menyusukan sepenuhnya dibuat. Kaji semula niat itu. Adakah cenderung kepada semangat dalaman atau lebih kepada faktor luar? Selalunya apabila niat dengan kesungguhan seiring, bagaimana besar sekali pun cabarannya, ibu itu akan berusaha untuk menanganinya. Tetapi jika si ibu kurang berkeyakinan, was-was dan kurang berkeinginan, pelbagai alasan akan diberi dan agak sukarlah untuk meneruskannya. Hasil pengalaman me, me berasa takjub pada dua orang ibu yang walau tugas mereka memerlukan selalu berada di luar negara, terpaksa kerap berjauhan dengan anak dan waktu tugasan mereka yang tidak menentu dan tempat tugasan di mana-mana, mereka masih boleh membekalkan anak mereka dengan susu ibu dan berjaya menyusukan anak mereka sepenuhnya dalam tempoh yang lama. Bagaimana mereka lakukannya? Renungkanlah!

Semangat : Bila kita mahukan sesuatu sangat-sangat, sedaya-upaya kita cuba dapatkannya bukan? Begitu jugalah dalam penyusuan. Siapa kata melaksanakan penyusuan sepenuhnya tak penat? Ditambah pula dengan memikul pelbagai peranan dalam hidup, tekanan adalah salah satu penghalang kerana ia melibatkan emosi. Mungkin si ibu boleh ambil contoh semangat daripada ibu penyusuan yang lain dan jadikan pembakar semangat anda.

Kemampuan : Kata bidalan, ukur baju di badan sendiri. Buatlah setakat yang anda mampu. Baik dari segi fizikal, wang ringgit dan gaya hidup anda. Bila lihat orang lain dapat hasilkan susu yang banyak, kita mula goyah. Bila kita lihat orang sediakan peralatan penyusuan yang mahal-mahal belaka, kita pun nak beli. Tak salah lihat kemampuan orang lain baik dari segi fizikal mahupun wang ringgit. Tetapi bila kita mahu jadikan panduan, tanyalah pada diri sendiri adakah teladan itu sesuatu yang sangat perlu pada anda? Kadang-kadang apa yang baik untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kita.

Janganlah sampai menganiaya diri sendiri dan orang yang tersayang termasuk bayi anda semata-mata mahu teruskan penyusuan sepenuhnya. Berikan sedikit ruang pada diri sendiri dan sayangilah diri anda juga. Berehat bila perlu.Sekiranya si ibu sudah berusaha dan menilai hanya setakat itu yang dia mampu laksanakan, jadi jangan paksa diri pula. Mintalah bantuan sebagai contoh tugasan harian dari suami. Dapatkan pandangan dan sokongan daripada orang lain agar apa yang harungi, terasa kurang bebanannya dan lebih bagus jika ia boleh diselesaikan permasalahan itu.

Emosi : Perasaan atau emosi sangat berkait rapat dengan niat, semangat dan kemampuan kendiri. Adalah wajar berfikiran rasional jika timbul isu berkait dalam perjalanan penyusuan anda daripada terlalu mengikut rasa hati. Selalunya bila timbul kesulitan dalam proses penyusuan sepenuhnya, jangan bertindak terburu-buru atau terus mengalah dan berputus asa. Selidik dahulu apakah penyebab timbulnya kesulitan itu, kaji dan cari jalan penyelesaian. Ingatlah juga bahawa si ibu perlu menjaga emosi diri sebaik mungkin kerana ia berkait dengan hormon prolaktin dan oksitosin, hormon yang merangsang dan membantu dalam penghasilan susu ibu.

Ilmu : Dalam setiap perkara di dunia ini ada cara dan kaedahnya. Tidak dinafikan, ramai ibu beranggpan proses menyusukan adalah sinonim dengan sifat keibuan jadi dianggap ia sesuatu yang semula jadi dan tidak perlu belajar apa-apapun. Di tengah perjalanan, timbul kesulitan jadi ibu tersebut terus putus asa walhal sebenarnya sedikit ilmu penyusuan pun dia tidak pernah ambil tahu. Jangan begitu.Buat persediaan dan sedikit sebanyak belajar apa yang perlu kerana ia penting dalam menyokong anda meneruskan penyusuan sepenuhnya.

Niat, semangat, kemampuan, emosi dan juga ilmu dan apatah lagi apabila gabungan ini disertakan dengan doa, insyaAllah, si ibu bakal menjadi antara ibu-ibu yang berjaya menyusukan sepenuhnya dalam tempoh yang lama.

Kita sudah menyentuh aspek luaran iatu sokongan dan aspek dalaman iatu sifat kendiri si ibu. Adakah lagi cabaran lazim yang lain wujud dalam penyusuan sepenuhnya? Bersambung kupasan dari me dalam bahagian terakhir menyentuh aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan.

Tungguuuu…….

Advertisements

July 22, 2010 Posted by | Adore BREASTFEEDING, Hanz's Tips, Lifestyle on Parenting | Leave a comment

Siapa berminat nak attend chit-chat Cloth Diapering?

STICKY MODE till 25th July, 2010

Me ada satu passion. Selain suka chameleon dan bercita-cita nak bela chameleon, me juga suka Cloth Diaper. Memanglah bukan me yang pakai, tapi suka tengok my Baby Hambali yang pakai. Me rajin basuh, belek-belek, masukkan insert dalam poket, rajin mengushar CD, rajin buat self-research, rajin jawab soalan pasal CD dan tidak dilupakan rajin juga membeli.

Oleh sebab itu, me rasa sudah tiba masanya me nak buat meet-up, ala2 get-together, macam sembang-sembang tu kan untuk semua peminat CD! Eh, bukan peminat CD sajer, yang penting pada sesiapa yang mahu tahu lebih lanjut pasal CD, segalanyer tentang DUNIA CD-ing, mari kita sama2 kemukakan pada Hanz! Eih, Hanz itu bukan me ker?

Why nak buat ni?

Out out my passion, out of my concern & simply sharing! Ooopsss..gini ceritanyer…me receive quite of numbers Qs dalam email, FB, face-to-face dan segala bentuk soalan pasal CD-ing ni. Tak semua orang boleh jadi macam Hanz, gi berguru CD sendiri jer! (Perasanlah tu!) No..itu memang kenyataan sebenarnyer coz itulah me, my character, kalu me minat pasal sesuatu, me akan go all out cari ilmu sebanyak dan sebaik mungkin. (Eih, ni nak cerita pasal aper ni?)

Anyway, me sangat-sangat memahami tentang sesetengah ibu-ibu di luar sana, ada yang berhajat nak ber-CD tapi tak tahu bagaimana dan dengan saper nak rujuk. Nak rujuk dengan penjual CD? Ada penjual CD yang sangat berhemah dan sangat membantu dan ada juga yang bo-layan jer. Betul tak? Ada tu pula sekadar nak jual produk dia jer. Tapi dalam DUNIA CD ni sebenarnya luas. Banyak yang boleh dipelajari (macam kat sekolahlah pulak!) dan sebenarnya banyak kebaikan dan kelebihan kita boleh dapat dalam ber-CD ni. Cuma nak kena tahu caranya. (Eh, Hanz nak kongsi tips ker?) Dan, sebenarnya tak susah mana pun ber-CD ni.

Dah ramai kengkawan yang menggalakkan me buat chit-chat ala2 workshop ni dan ada yang dah beritahu nak attend. So, why not?

So, how about U? Berminat? Me bukan nak jual mana2 brand CD tau, just me akan bawa few collections untuk contoh, me buat nota sempoi sambil kita sembang-sembang dan kunyah biskut.

Kalu berminat, tinggalkan tanda minat tu kat entry ni ya. PLEASE tinggalkan email address, senang me nak further contact. Bolehlah jugak kasi tahu apa yang akan dijangka dan expectation dalam chit-chat ni, so boleh me prepare. Kalau ada banyak soalan lagi bagus, just kasi tahu,ok? Maybe small fee akan chargeable just nak cover modal air liur Hanz, nota sempoi dan sewa tempat. Cepat tau! Kasi tahu kat kengkawan jugak. Akan dibuat sebelum bulan Ramadhan…insyaAllah…
MUCHAS GRACIAS!

Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace

July 22, 2010 Posted by | Adore CLOTH DIAPERING, Hanz in Meet-Gather, Hanz's Tips, Lifestyle on Green Living | 10 Comments