Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Cabaran lazim bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya (Bahagian Kedua)

1 ke 7 Ogos, adalah sambutan minggu penyusuan susu ibu sedunia. Sudahkah ibu membaca bahagian pertama isu ini? Kalau belum, boleh klik SINI.

Perkongsian diteruskan dengan cabaran lazim seterusnya.

CABARAN KEDUA : Tekanan dalaman si ibu.

Macam biasakah didengari seperti ini?

* saya rasa down sangat tengok susu makin kurang
*frust la bila pump susu tak keluar langsung
*Anak asyik mengamuk bila menyusu sebab tak puas
* saya jealous tengok orang lain boleh buat beratus botol, sedangkan stok susu saya kasi pagi makan pagi.
*Saya tengok org lain senang je latch kan baby, kenapa saya ni susah sgt
*Saya tak cukup masa nak mengepam di ofis sbb kerja saya banyak
*Saya rasa geram, sayalah tukang menyusu, sayalah tukang basuh perkakas mengepam, sayalah tukang salin lampin anak, saya buat semua. Penat!
*Badan cepat penat bila menyusu. Nak layan suami pun tak ada mood
*Susah rasa nak susukan anak semula lepas dah bagi dia susu formula
*Breastfeeding ni susah, susah sebenarnya!

CARA ATASI :

Niat : Ibu sendiri sahaja yang tahu apakah niat yang dipasang setelah keputusan untuk menyusukan sepenuhnya dibuat. Kaji semula niat itu. Adakah cenderung kepada semangat dalaman atau lebih kepada faktor luar? Selalunya apabila niat dengan kesungguhan seiring, bagaimana besar sekali pun cabarannya, ibu itu akan berusaha untuk menanganinya. Tetapi jika si ibu kurang berkeyakinan, was-was dan kurang berkeinginan, pelbagai alasan akan diberi dan agak sukarlah untuk meneruskannya. Hasil pengalaman me, me berasa takjub pada dua orang ibu yang walau tugas mereka memerlukan selalu berada di luar negara, terpaksa kerap berjauhan dengan anak dan waktu tugasan mereka yang tidak menentu dan tempat tugasan di mana-mana, mereka masih boleh membekalkan anak mereka dengan susu ibu dan berjaya menyusukan anak mereka sepenuhnya dalam tempoh yang lama. Bagaimana mereka lakukannya? Renungkanlah!

Semangat : Bila kita mahukan sesuatu sangat-sangat, sedaya-upaya kita cuba dapatkannya bukan? Begitu jugalah dalam penyusuan. Siapa kata melaksanakan penyusuan sepenuhnya tak penat? Ditambah pula dengan memikul pelbagai peranan dalam hidup, tekanan adalah salah satu penghalang kerana ia melibatkan emosi. Mungkin si ibu boleh ambil contoh semangat daripada ibu penyusuan yang lain dan jadikan pembakar semangat anda.

Kemampuan : Kata bidalan, ukur baju di badan sendiri. Buatlah setakat yang anda mampu. Baik dari segi fizikal, wang ringgit dan gaya hidup anda. Bila lihat orang lain dapat hasilkan susu yang banyak, kita mula goyah. Bila kita lihat orang sediakan peralatan penyusuan yang mahal-mahal belaka, kita pun nak beli. Tak salah lihat kemampuan orang lain baik dari segi fizikal mahupun wang ringgit. Tetapi bila kita mahu jadikan panduan, tanyalah pada diri sendiri adakah teladan itu sesuatu yang sangat perlu pada anda? Kadang-kadang apa yang baik untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kita.

Janganlah sampai menganiaya diri sendiri dan orang yang tersayang termasuk bayi anda semata-mata mahu teruskan penyusuan sepenuhnya. Berikan sedikit ruang pada diri sendiri dan sayangilah diri anda juga. Berehat bila perlu.Sekiranya si ibu sudah berusaha dan menilai hanya setakat itu yang dia mampu laksanakan, jadi jangan paksa diri pula. Mintalah bantuan sebagai contoh tugasan harian dari suami. Dapatkan pandangan dan sokongan daripada orang lain agar apa yang harungi, terasa kurang bebanannya dan lebih bagus jika ia boleh diselesaikan permasalahan itu.

Emosi : Perasaan atau emosi sangat berkait rapat dengan niat, semangat dan kemampuan kendiri. Adalah wajar berfikiran rasional jika timbul isu berkait dalam perjalanan penyusuan anda daripada terlalu mengikut rasa hati. Selalunya bila timbul kesulitan dalam proses penyusuan sepenuhnya, jangan bertindak terburu-buru atau terus mengalah dan berputus asa. Selidik dahulu apakah penyebab timbulnya kesulitan itu, kaji dan cari jalan penyelesaian. Ingatlah juga bahawa si ibu perlu menjaga emosi diri sebaik mungkin kerana ia berkait dengan hormon prolaktin dan oksitosin, hormon yang merangsang dan membantu dalam penghasilan susu ibu.

Ilmu : Dalam setiap perkara di dunia ini ada cara dan kaedahnya. Tidak dinafikan, ramai ibu beranggpan proses menyusukan adalah sinonim dengan sifat keibuan jadi dianggap ia sesuatu yang semula jadi dan tidak perlu belajar apa-apapun. Di tengah perjalanan, timbul kesulitan jadi ibu tersebut terus putus asa walhal sebenarnya sedikit ilmu penyusuan pun dia tidak pernah ambil tahu. Jangan begitu.Buat persediaan dan sedikit sebanyak belajar apa yang perlu kerana ia penting dalam menyokong anda meneruskan penyusuan sepenuhnya.

Niat, semangat, kemampuan, emosi dan juga ilmu dan apatah lagi apabila gabungan ini disertakan dengan doa, insyaAllah, si ibu bakal menjadi antara ibu-ibu yang berjaya menyusukan sepenuhnya dalam tempoh yang lama.

Kita sudah menyentuh aspek luaran iatu sokongan dan aspek dalaman iatu sifat kendiri si ibu. Adakah lagi cabaran lazim yang lain wujud dalam penyusuan sepenuhnya? Bersambung kupasan dari me dalam bahagian terakhir menyentuh aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan.

Tungguuuu…….

Advertisements

July 22, 2010 - Posted by | Adore BREASTFEEDING, Hanz's Tips, Lifestyle on Parenting

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: