Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Cabaran lazim bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya (Bahagian Terakhir)

Ramadhan dah nak dekat. Ibu-ibu yang menyusukan dah buat persedian sewajarnya? Kalau ketinggalan baca perkongsian my chat sebelum ni, boleh check yang INI dan ITU.

Diet seimbang : Jangan berdiet semasa masih menyusukan anak sepenuhnya. Ibu yang menyusu akan berasa cepat lapar kerana tubuh menggunakan 600-800 cal sehari untuk menghasilkan susu. Jangan melangkau waktu makan. Melangkau waktu makan dan berdiet adalah tidak digalakkan kerana akan mengurangkan pengambilan nutrien yang perlu dan mengurangkan kualiti susu yang dihasilkan.

Makanan lain yang perlu diberi perhatian ialah makanan yang kaya dengan sumber zat besi seperti daging merah, hati, ayam, ikan, legumes (Contoh:kacang kuda/chickpeas), kekacang dan buahan kering dan sayuran berdaun hijau. Ini kerana simpanan zat besi dalam badan digunakan semasa mengandung.Oleh itu, semasa menyusu bayi badan perlu membina semula simpanan zat besi. Menurut pakar pemakanan, keperluan pengambilan makanan oleh si ibu yang menyusukan adalah lebih sedikit daripada ibu yang tidak menyusu dan ibu hamil. Boleh rujuk SINI. Berguna juga untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti. Me juga pernah share persiapan me pada Ramadhan yang lepas di SINI.

Pantang-larang : Makan jamu tidak boleh? Andaian ini bergantung kepada beberapa faktor hasil daripada kajian semasa. Pakar lakstasi dan nutrisi berpendapat kebanyakan kandungan jamu ada kesan sampingan yang menyamai dadah pada kualiti susu ibu, jadi sebaiknya elakkanlah dahulu semasa masih dalam tempoh penyusuan.

Bagaimana pula dengan penggunaan herba dan rempah? Ada herba yang telah terbukti boleh membantu penghasilan susu ibu yang lebih produktif seperti halba (Fenugreek). Tapi ada juga herba yang kalau boleh dielakkan seperti mint, sage, parsley, feverfew (guna untuk rawatan migraine) kerana penemuan yang dibuat boleh mengurangkan produksi susu dan ada kesan sampingan yang lain.

Anda penggemar kopi? Jumlah sedikit seperti secawan dua tidak memudaratkan tetapi dalam kuantiti yang banyak mungkin boleh mendatangkan kesan pada si bayi untuk tidur kerana kandungan kafein yang berlebihan. Sebaiknya elakkan.

Sebolehnya juga si ibu elakkan mengambil produk hasil tenusu dari lembu seperti susu, keju, yogurt dan mentega. Si ibu telah memberikan susu ibu sepenuhnya dan jika si ibu sendiri mengambil produk hasil tenusu, kemungkinan berlaku alergi pada si anak. Tetapi keadaan ini tidak semestinya berlaku pada semua. Namun, haruslah berhati-hati dan perhatikan reaksi bayi anda setiap apa yang anda makan.

Secara keseluruhannya, semua faktor dan cabaran lazim yang telah me sampaikan adalah amat penting untuk menyokong kejayaan si ibu dalam memberikan yang terbaik buat si anak : Susu ibu sepenuhnya. Dalam keadaan tertentu atau situasi yang agak unik, ada juga ibu mengalami kesulitan dalam bentuk permasalahan lain. Boleh rujuk my sharing dalam topik Breastfeeding ini ya.

Mari kita sama-sama meriahkan Sambutan Hari Susu Ibu Sedunia yang akan kembali lagi dari 1 hingga 7 haribulan Ogos ini.

Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace

Advertisements

July 29, 2010 - Posted by | Adore BREASTFEEDING, Hanz's Tips, Lifestyle on Parenting

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: