Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Alasan biasa kenapa orang tak nak ber-cloth diaper


Sebelum nak senarai alasan ni, nak beritahu ini this chat dari pandangan peribadi from me, pengakuan yang me terima dan juga perkongsian pengalaman kengkawan cloth-diaper mama yang lain.

Antara sebab orang tak nak ber-cloth diaper ialah…

* Lecehlah nak basuh-basuh, kalau najis lagilah, mana larat nak menyental. Mesti ada stain tertinggal kat cloth diaper tu, kan?

* Mahallah cloth diaper ni..sekeping berpuluh ringgit, anak kita pakai *pempers pun sehari 6-7 keping, mana mampu nak beli cloth diaper banyak-banyak?

* Cloth diaper ni takkan bocor ker? Anak saya kencing banyak!

* Iyer ker boleh jimat? Kalau asyik nak membasuh jer, banyak pakai air dengan sabun, elektrik lagi, boleh melambung bil-bil tu semua.

* Mana satu jenis yang sesuai untuk anak saya? Banyak sangat sampai pening nak pilihlah. Kang kalau dah beli, tak sesuai pulak, rugi jer saya.

* Anak saya kulit bermasalah. Dia sesuai pakai brand * tut-tut* jer. Kang tukar pakai kain, lembab-lembab kencing, bermasalahlah kulit dia.

* Taska / Nurseri / Penjaga anak saya mana nak terima kalau saya suruh mereka pakai cloth diaper ni? Lecehlah dioarang nak uruskan, dengan baunya, basah dengan bocor, nak simpan lagi..issshh..lecehlah!

* Nak berjalan-jalan anak pakai cloth diaper? Ish, susahlah! Pakai *pempers kan senang, kotor buang ajer! Nak bawak banyak-banyak lepas tu nak bawa balik..susah nak uruskan.

* Ala…pakai *pempers kan senang, dengan anak pun nak kedekut ker…macam zaman dulu-dululah pakai kain lampin lagi..kita dah moden, guna jelah yang boleh terus buang!

Amacam? Macam pernah dengar ker ayat-ayat tu? Secara telusnya, me pun tak terkecuali masa sebelum berhijrah ke cloth diaper ni. Alasan daripada me ialah part nak basuh dan part nak beli. Tapi itu semua dah tak jadi hal. Alah bisa tegal biasa. Masa mula-mula dulu nak ber-cloth diaper, hubs tanya me, “Awak larat ker nak basuh banyak-banyak?” Itu dulu, dan sampai sekarang hubs tak pernah melipat cloth diaper lepas angkat dari jemuran. Hubs cuma tukang masukkan dalam mesin basuh, kalau bukan me buatlah dan tukarkan lampin. Tapi, kalau nak tahu, sekarang ni bila me nak beli cloth diaper kena tanya hubs dulu. Bukan sebab wang ringgit yang difikirkan tapi design! Kang kalau corak atau warna tak berkenan, banyaklah ngomelan yang tak sedap didengar dari dia. Hehehe…see? Dia pun dah ‘involve’ dalam dunia cloth diaper ni dan dia pun suka tengok bam bam anak bongsu dia funky-licious! ekekekek..

So, kalau alasan-alasan macam yang kat atas tu antara penyebab anda tak nak ber-cloth diaper, mari chit-chat ngan me dan mari me tukar pandangan anda yer. Rasa nak bangga sikit, boleh tak? Okay, just nak beritahu, ada kengkawan telah pun bertukar ke cloth diaper setelah sekian lama baca my sharing on cloth diaper kat chatterbox ni. Malah ada yang dah jadi penjual cloth diaper pun. So…kalau anda nak tahu lebih lanjut, marilah hadirkan diri pada hari Ahad ni bersamaan 8 Ogos di Wisma Bling Lustre pukul 4 petang.

Ini ada sedikit peek on my preparation side….



Semua tu sebahagian daripada cloth diaper yang anda boleh lihat, malah pegang nanti yand didatangi daripada pelbagai rupa, dibuat daripada pelbagai fabrik dan fungsinya berbeza-beza. Telah dipinjamkan oleh seorang kawan yang sangat arif pasal cloth diaper. Itu baru sedikit, belum campur collection from yours truly. Nak cerita pasal apa? Setakat one-size cloth diaper tu dah common, kan? Apa kata kita kenal pula apa itu Fitted Diaper, AI2, AIO, Cover, Prefold, Hybrid, Flip Diaper dan kenal pelbagai jenis insert, apa itu soaker, liner, booster dan macam-macam lagi. Peningkah? Once you see it yourself, you won’t anymore.

See you there this Sunday. Anything, check kat stickt post tu ya….

Portrait Sketching, Translation, Storytelling,
Reading Tutorial, Arty-Crafty & Preloved Items
are available at TheHoneybunch Marketplace
Advertisements

August 4, 2010 Posted by | Adore CLOTH DIAPERING, Hanz in Meet-Gather | 20 Comments