Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Tips bersopan-santun di alam siber

Tak kira kita guna yang mana satu, emel ker, blog ker, facebook ker..perlulah prihatin tentang tatasusila supaya kita nampak beretika, profesional dan yang paling penting orang tak pandang serong atau anggap kita biadap pula. Berikut tips yang me nak kongsi bersama.

E-MEL :

1. Bezakan penggunaan TO, CC dan BCC. Kalau kita nak hantar email secara rawak / mass mail, jangan letak semua emel address di kolum TO dan CC. Guna bcc tanda kita hormat privasi email empunya diri. Kalau tak, itu sebablah terjadi, spamming, forward mails dan e-mel yang selayaknya masuk trash. Tak semua orang suka email address dia digunakan sewenang-wenangnya. Kalau nak berniaga sekalipun, buatlah dengan cara betul. Si penerima mesti tertanya-tanya, daripada mana orang ni kutip email address aku? Aku kenal dia pun tidak? Oh, annoying sugguh dapat email guna taktik kotor sebegini.

2. Kalau kali pertama hantar email, cuba dapatkan juga nama si penerima even dia guna nama manja sekalipun, kita boleh ‘address’ dia dengan nama tu. Elakkan guna perkataan macam ‘Dear Blogger'(sungguh kurang sopan! me pernah terima emel cenggini) atau langsung tak letak nama. At least, kita cuba dapatkan department / jabatan yang berkenaan atau paling last option, “To Whom It May Concern”

3. Banyak orang lupa fungsi title / subject email. Kadang-kadang content email tak menepati lansung title emel especially emel yang forwarded ni. Kalau nak forward emel berilmu dan berkongsi sekalipun, deletelah dulu, content yang tak berkenaan kalau tak sampai nak scroll penjang-lebar, harunya!

BLOG:

1. SHOUTBOX DALAM BLOG BUKAN KAUNTER PERTANYAAN. Biasanya shoutbox, blogger guna nak tinggal pesanan atau beritahu dia ada menyinggah, bertanya khabar atau ada juga yang guna untuk meniaga. Tapi kena hormatlah empunya blog tu. Kalau dah terang-terang blogger tu dah stated kat situ jangan spam shoutbox dia dengan iklan, janganlah buat. Dan biarlah berikhlas dengan tinggal blog url atau emel.
(Hanz’s : Me tak balas komen lebih-lebih lagi pertanyaan kat shoutbox. Me lebih suka, membalas kunjungan. Apa guna me taip panjang-lebar kat blog tapi sedikit komen pun tak boleh nak tinggal tapi lebih suka treat my shoutbox macam kaunter pertanyaan? Please respect my blog & my shoutbox!)

2. Kalau kita nak follow sesuatu blog tu, amatlah bagus kalau kita introduce diri kita pada tuan punya blog. Jangan dah follow lepas tu unfollow sesuka hati. Dan, janganlah paksa blog yang kita follow tu supaya follow kita balik. Itu hak dia. Takder paksaan.

3. Tak baik kita kutuk blogger di belakang dia. Kita ingat diri kita bagus sangat lepas tu kita kutuk-kutuk dia pada blog lain atau blog kita sendiri. Blog adalah hak peribadi. Tak suka blog tu? Janganlah masuk lagi dah blog dia dan kita tak buat musuh pun.Dan kalau ada tips atau perkongsian yang kita dapat daripada another blogger, quote-lah blog dia. Tak rugi manapun daripada kita menyamar ilmu tu macam kita yang punya.Lambat-laun tembelang akan pecah juga.

FACEBOOK:

1. Kalau nak add friend dalam facebook, sebaik-baiknya tinggalkan mesej kat empunya diri. Dia tak reply message, biarkan ajer. Sekurang-kurangnya kita dah bersopan-santun, beritahu kita kenal dia macam mana. Kadang-kadang member lama macam member sekolah kita tak tinggal mesej pun dan dia pun tak kisah sebab dah sama-sama kenal. Tapi kalau kawan atas kawan, tinggalkanlah pesanan.

2. Jangan sembarangan tag orang kat facebook ni. Ada peniaga buat begini sebab nak promote produk. Sesama kawan boleh lagi tapi kalau kita tak kenal dia pun, pastu kita tag dia, sangatlah annoying di pihak yang menerima tu.

3. Personal foto kat FB ok ker kalau di-tag pada kengkawan? Errr..sangat subjektiflah sebab kerja tag-mengetag ni sebab group photo yang hendak dikongsi. Tapi kalau macam aktiviti kita yang kira private dan personal, untuk tujuan apa kita tag tu? Biasanya kalau kita upload photos kat FB, status akan di-update kan dan kelompok kawan kita akan nampak, kan? Jadi, tak perlu rasanya nak tag-tag ni, unless kta nak berkongsi tip, bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk.

Cukuplah 9 Tip jer dan sorry takder tip untuk Twitter sebab me jarang guna Twitter dan selalunya untuk buat pengumuman jer. Actually banyak lagi me nak highlight tapi rasanya apa yang me dah kongsi ni yang paling umum.

Hanz’s : Peringatan untuk diri sendiri juga.

Advertisements

August 17, 2010 - Posted by | Adore BLOGGING, Hanz's Tips

9 Comments »

  1. thanks for the tips 😉

    Comment by mama zharfan | August 17, 2010 | Reply

  2. good tipssss

    Comment by Elyn | August 18, 2010 | Reply

  3. tq, tips yang bagus

    Comment by MAMASYAZA | August 18, 2010 | Reply

  4. tips yang bagus nie..

    Comment by nadnye | August 18, 2010 | Reply

  5. salam hanzFid setuju dengan Hanzsetuju sangat sangatterutama bab tag tag and meniaga di shoutbox heheheheheeeemail juga bab privasi tuhdah di TO dan CC kita kawan dia plak spam kita hadoi laaa

    Comment by Fid | August 18, 2010 | Reply

  6. Suzy, Elyn, K.Su, Nad… your most welcome. :)Fid : Ya, some people amik ringan email address orang. Kalau customers, kita takleh reveal with another customer tu..bad for biz.

    Comment by Hanz | August 18, 2010 | Reply

  7. info yg bagus kak..kadang2 kt terlepas pandang benda ni semua penting..ni lah etika dlm dunia cyber

    Comment by Farra Dhelina | August 18, 2010 | Reply

  8. Farra, kat mana2 pun harus bersopan-santun sebaik-baiknyer..

    Comment by Hanz | August 18, 2010 | Reply

  9. ok akan diparktikkan

    Comment by BABY(MAMA AMANA&ARIEF) | August 19, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: