Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Renungan untuk ibu bapa, buatlah perbandingan


Sekadar renungan…peringatan untuk diri ini dan rakan-rakan juga, cetusan dari layanan pemikiran dan hati yang berkata-kata…

Kita boleh menghias diri dengan segala pakaian yang cantik dari butik dan aksesori memikat tapi kita sanggup lihat anak kita pakai baju dari pasar malam (contohnya)?
(Hanz’s : Pernah saksi dengan mata sendiri seorang ibu kelihatan bergaya dengan baju lip-lap dan tudung lilit-melilit ditambah dengan mekap yang tebal tapi tiga orang anaknya berpakaian tidur yang sangat lusuh dan selekeh)

Kita boleh berbelanja beg, kasut, mekap dan keperluan diri berjenama mahal beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit tapi kenapa kita lokek nak berbelanja untuk pendidikan anak-anak yang nilainya menyamai atau hampir sama dengan perbelanjaan diri sendiri?
(Hanz’s : Ada orang tak sanggup nak buat ansuran melabur alat pembelajaran contohnya set eksikopledia buat anak-anak tapi beli rantai emas, sanggup pula bayar ansuran)

Kita boleh seronok menjamah makanan bufet di hotel lima bintang atau di restoran mahal-mahal dan kita tayang dekat blog kita yang kita pergi menjamu selera di situ tapi sewaktu kita menyuapkan nasi ke mulut, ada teringat tak anak di bawah jagaan orang lain, makan apa hari ini?
(Hanz’s : Ada kawan yang memang bawa anak dia makan bersama dan berkongsi dengan anak kemewahan dan rezeki yang ada bukannya biarkan anak hanya bergantung makan di taska tapi kita makan sedap-sedap.)

Kita boleh beli makanan tambahan dan segala jenis vitamin untuk diri sendiri tapi kenapa kita kurang peka menaik taraf makanan anak-anak sebagai contoh makanan yang bagus untuk otak dan tumbesarannya?

Kita boleh bersekang mata bawa balik kerja pejabat semata-mata nak meet deadline tapi kenapa kita tak boleh luangkan masa sejam dua dengan anak untuk mengajar dia perkara yang baru dan isi masa kualiti bersama?

Kita boleh aktif berpersatuan, pergi sana sini sampai ceruk rantau pun kita rajin menjengah tapi kenapa kita berat hati nak bawa anak bersama dan lebih rela anak dijaga oleh orang lain walau waktu itu adalah hari kita tak bekerja pun?
(Hanz’s : Kalau ada pembantu rumah buat segala sampaikan anak tidur dengan pembantu rumah, tak terlintas ker di hati tahap keakraban kita dengan anak?)

Hanz’s : Hakikatnya bila dah jadi ibu bapa, keperluan dan keadaan anak-anak mendahului keperluan diri sendiri tapi tidak dinafikan ada segelintir yang kadang-kadang alpa. Renung-renungkanlah..

August 18, 2010 Posted by | Lifestyle on Parenting | 12 Comments