Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Renungan untuk ibu bapa, buatlah perbandingan


Sekadar renungan…peringatan untuk diri ini dan rakan-rakan juga, cetusan dari layanan pemikiran dan hati yang berkata-kata…

Kita boleh menghias diri dengan segala pakaian yang cantik dari butik dan aksesori memikat tapi kita sanggup lihat anak kita pakai baju dari pasar malam (contohnya)?
(Hanz’s : Pernah saksi dengan mata sendiri seorang ibu kelihatan bergaya dengan baju lip-lap dan tudung lilit-melilit ditambah dengan mekap yang tebal tapi tiga orang anaknya berpakaian tidur yang sangat lusuh dan selekeh)

Kita boleh berbelanja beg, kasut, mekap dan keperluan diri berjenama mahal beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit tapi kenapa kita lokek nak berbelanja untuk pendidikan anak-anak yang nilainya menyamai atau hampir sama dengan perbelanjaan diri sendiri?
(Hanz’s : Ada orang tak sanggup nak buat ansuran melabur alat pembelajaran contohnya set eksikopledia buat anak-anak tapi beli rantai emas, sanggup pula bayar ansuran)

Kita boleh seronok menjamah makanan bufet di hotel lima bintang atau di restoran mahal-mahal dan kita tayang dekat blog kita yang kita pergi menjamu selera di situ tapi sewaktu kita menyuapkan nasi ke mulut, ada teringat tak anak di bawah jagaan orang lain, makan apa hari ini?
(Hanz’s : Ada kawan yang memang bawa anak dia makan bersama dan berkongsi dengan anak kemewahan dan rezeki yang ada bukannya biarkan anak hanya bergantung makan di taska tapi kita makan sedap-sedap.)

Kita boleh beli makanan tambahan dan segala jenis vitamin untuk diri sendiri tapi kenapa kita kurang peka menaik taraf makanan anak-anak sebagai contoh makanan yang bagus untuk otak dan tumbesarannya?

Kita boleh bersekang mata bawa balik kerja pejabat semata-mata nak meet deadline tapi kenapa kita tak boleh luangkan masa sejam dua dengan anak untuk mengajar dia perkara yang baru dan isi masa kualiti bersama?

Kita boleh aktif berpersatuan, pergi sana sini sampai ceruk rantau pun kita rajin menjengah tapi kenapa kita berat hati nak bawa anak bersama dan lebih rela anak dijaga oleh orang lain walau waktu itu adalah hari kita tak bekerja pun?
(Hanz’s : Kalau ada pembantu rumah buat segala sampaikan anak tidur dengan pembantu rumah, tak terlintas ker di hati tahap keakraban kita dengan anak?)

Hanz’s : Hakikatnya bila dah jadi ibu bapa, keperluan dan keadaan anak-anak mendahului keperluan diri sendiri tapi tidak dinafikan ada segelintir yang kadang-kadang alpa. Renung-renungkanlah..

Advertisements

August 18, 2010 - Posted by | Lifestyle on Parenting

12 Comments »

  1. salamHanzFid masih bersetuju dengan hanz kihkihkihme ibu dan anak selekeh ..so ok la kahkahkahmommy bawa bag jahitan sendiri anak pun mommy jahitkan bag daddy pun mommy sediakan bag tambahan boleh isi files bawa balik kerja ke rumah hahahahahamakanan anak di Taskamy dear baby dragon bawa bekal setiap hari….sebab dia kata dalam dunia ni mommy dia adalah tukang masak yang masak paling sedap….so hari hari lauk mkn tengah hari mommy prepare kadang2 breakfast pun tapi baru2 ni dia sound bnyk sgt mknn dia nak 'rasa' juga mknn taskaso mommy sediakan lunch saja lalain lain mkn kat taskatapi sib baik anak dah besar dia review masakan Taska sedetailnya di rumah siap sayur potong kecik ke besau ke star ke hahahhahaaabab mak lip lap lip lap anak berbaju lusuh tuh sungguh tragis taumak baju raya lapan anak baju raya 3 je apa kes??me mmg anak me akan lebih drpd me…

    Comment by Fid | August 18, 2010 | Reply

  2. Fid…kih, kih, kih..setuju belaka hari ni yer.. :)itulah, kadang2 bila indulge macam beli sepotong kek sekalipun nak makan kat opis, sebolehnya untuk anak ada juga sedikit makanan untuk dibawa balik…Fid, macam biasa baju raya anak akan lagi banyak dari mak-paknya sebab nanti baju raya itu juga akan menjadi baju basahan very soon..

    Comment by Hanz | August 18, 2010 | Reply

  3. btul la Hanz, bila dh jd mak ni..kepelruan naak jatuh no 1..sampai kadang2 hubby buat2 ayat merjauk, "asyik2 beli baju kat baby SN je" hik3x.

    Comment by yatie chomeyl | August 18, 2010 | Reply

  4. huhu..bj raya anak b4 puasa dah ade.. maknye, disebabkan membuyung,pakai je la bj ngandung… bab2 makan, anak makan mknn berkhasiat yg home cooked, mak abahnye kdg2 kalo xsempat beli kat luar jer… dan xde berbuka puasa kat hotel or buffet sbb takut anak sepah2kan n dia xcomfortable sbb lama parents nk mghayati semua mknn, parents pulak naik angin bila ank cranky…so, berbuka kat umah jer… semua org selesa… yg penting, anak dengan kite…

    Comment by Am | August 18, 2010 | Reply

  5. tak taula hanz rasanya sejak jadi mama ne saya dah tak macam dulusemuanya untuk anak smapaikan hubby kata "belilah baju utk anak banyak2 sampai diri sendiri tak bertukar baju"rasanya sejak kwin semua utk anak & rumahtangga..mm..kdg2 terlupa diri sendiritiap kali ada function makan2 opis mesti tpk bestnya kalau dapat bawak anak..tapi takkan nak bawak pulak..kita bawak anak org lain tak bawak..unfair pulakkan..

    Comment by BABY(MAMA AMANA&ARIEF) | August 18, 2010 | Reply

  6. A good reminder for all (me included) , InsyaAllah.MY LATEST ENTRY: Week 1 Ramadhan Food Highlights

    Comment by Hidayah Ismawi | August 18, 2010 | Reply

  7. uhh.. ade jugak ibu yg mcm ni…sebaiknya dulukan keperluan anak2 dulu.. x leh diterima dek akalku utk kes ibu berbaju liplap tu… ish ish….

    Comment by kakyong | August 18, 2010 | Reply

  8. alhamdulillah..maybe kitaorg adik beradik dah bese idup susah n mak bpk pun jenis tak berganti baju..makanya jarang sekali nak beli baju meling – meling or make up2 segala bagai..klu ade rezeki lebih org tua nak belikan..dptlah..klu tak, ngombleh jer..lagipun,dari kecik dah bese melebihkan adik2..so dah kwin ni mmg lebihkan ank2 jer…tpi siyes kak,kok tega betul mak2 yg yg sedemikian?!selalunyakan kak,pengaruh kengkawan yg tak baik ler mak2 org ni jdi gitu..dengan izin Allah jugak,mintaklah dijauhkan kita dari bersikap sedemikian.insyaa Allah.

    Comment by Sidratul Muntaha | August 18, 2010 | Reply

  9. renungan yg baik utk semua ibubapa.

    Comment by transformed housewife | August 18, 2010 | Reply

  10. Yatie : Me tang hubs, kena bawak dia skali tang beli baju…my hubs pun dapat cekelat gak sebab dier suker..Am : Baju maternity skarang lawa2 lah..Hidayah : :)Kakyong : Ada kakyong, kami suker observe masa outing ngan anak2..syukur dengan rezeki yang kami ada..Ayu : Amiinn..K.Nur : 🙂

    Comment by Hanz | August 19, 2010 | Reply

  11. cousin nini penah gak cite pasal sombody yang sangat berkira dengan anak…sian anak dia

    Comment by Sharini aka Ummi Khayra | August 20, 2010 | Reply

  12. betul2.. biasanya kita akan dahulukan keperluan anak..

    Comment by nadnye | August 23, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: