Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Buku Inspirasi Contest

Sebagai permulaan, saya cuma nak laungkan…

“Buku itu milik saya!”

“Puan Masayu. Jadikanlah keyakinan saya itu satu kenyataan, ya.
Terima kasih… :D

Seterusnya, berikut adalah sedikit jawapan untuk soalan-soalan yang perlu saya jawab untuk penyertaan ‘contest’ ni…

1.Apakah status anda kini?

Saya wanita bekerjaya sedang menjinak-jinakkan diri dengan pendapatan sampingan supaya sterusnya saya berkemampuan laksanakan dengan sepenuhnya kerjaya yang tidak memerlukan saya berjauhan daripada keluarga.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Mahu menjana pendapatan sendiri dan memiliki perniagaan sendiri di mana keluarga tetap menjadi keutamaan. Saya tidak mahu terikat dengan waktu kerja yang tetap dan memaksa saya berjauhan daripada anak-anak. Saya mahu mengoptimumkan kepakaran dan ilmu saya dengan sepenuhnya.

Syarat2 lain:
1) Follow blog http://naufalsayang.blogspot.com (BERES)
2) List blog http://naufalsayang.blogspot.com (BERES. Ada dalam senarai “Hanz take a peek here…” di sebelah sidebar yang kiri)
3) Letakkan buku pilihan di sidebar (BERES. Ada di sebelah sidebar kanan)
4) Tinggalkan link penyertaan ‘contest’ di komen blog Puan Masayu, http://naufalsayang.blogspot.com (BERES)

Buat masa ini, saya pergunakan sepenuhnya masa yang terluang dengan blog saya atau lebih mesra dipanggil Chatterbox yang baru nak masuk setahun ni. Saya pun baru bina satu lagi blog
http://saleathoneybunch.blogspot.com (TheHoneybunch Marketplace) sebagai satu langkah ke arah mencapai matlamat saya seterusnya. Masih banyak yang saya perlu pelajari tentang selok-belok blog dan buku sebegini pasti dapat membantu saya.

Saya suka sangat baca buku dan buku sebegini adalah antara buku yang sememangnya antara yang tersenarai dalam pencarian ilmu saya. Tak percaya cuba tengok under “Hanz chit-chat about…” di sidebar kanan ada label Hanz in Reading. :D Kat sebelah kiri sidebar pulak ada widget antara buku yang saya baca dan miliki juga… :D

Menyertai ‘contest’ sebegini ibarat “Sudah ngantuk disorongkan bantal” lagaknya saya. Terima kasih Puan Masayu!

Hanz’s Note : Chit-chatters, mari meriahkan contest ni. Best tau! Terjah jangan tak terjah blog Puan Masayu. <= click here

Advertisements

November 19, 2009 Posted by | Hanz in Contest, Notes on READING and BOOKS | 3 Comments