Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Air Mata daripada seorang ibu yang menyusukan anaknya

Nukilan rasa khas untuk para ibu yang sedang,
akan atau telah menjadi seorang ibu
yang menyusukan anaknya.

Ibu itu akan meleleh air mata gembiranya tatkala menyaksikan anak yang baru dilahirkan boleh menyusu dengan sendiri hampir sempurna buat pertama kalinya.
Ibu itu akan meleleh air matanya tatkala menanggung keperitan akibat bengkak yang dialami pada payudaranya.

Ibu itu akan meleleh air matanya apabila khuatir susunya tidak mencukupi lebih-lebih lagi menerima pandangan orang lain yang boleh menggugat keyakinannya itu yang sebenarnya dia mampu.

Ibu itu akan meleleh air matanya apabila memikirkan demi tugas yang perlu dipikul memaksanya berjauhan dengan anaknya sementelah anaknya masih memerlukan susunya setiap masa.

Ibu itu akan meleleh air matanya apabila diri didorong dengan penuh semangat membara untuk terus menyusukan anaknya dan menyaksikan sendiri penat-jerihnya berbalas dengan anak yang membesar sihat.

Ibu itu akan meleleh air matanya ketika saat dia memerlukan pendorong dan pemahaman dari insan bernama suami untuk memenuhi matlamat susuannya, harapannya itu tidak kesampaian.

Ibu itu akan meleleh air mata gembiranya melihatkan stok susunya cukup untuk hari-hari seterusnya walaupun terpaksa meninggalkan anak di rumah pengasuh.

Ibu itu akan meleleh air matanya tatkala menahan kesakitan akibat gigitan tanpa niat bersebab dari si anak ketika sedang menyusukan tapi perjuangan tetap perlu diteruskan.

Ibu itu akan meleleh air matanya kerana perlu menghadapi pelbagai komplikasi dari pelbagai sudut dalam perjuangan untuk menyusukan anaknya dan dirinya sahaja yang tahu apa yang dilaluinya tapi demi semangat yang teguh, dia terus melangkah.

Ibu itu akan meleleh air matanya kerana kurangnya tidur dan menanggung badan yang sakit-sakit gara-gara memenuhi tuntutan susu daripada si anak.

Ibu itu akan meleleh air matanya apabila menyedari beransur-ansur kurang penghasilan susunya tanda perjalanannya itu akan berakhir.

Ibu itu akan meleleh air matanya apabila terpaksa menerima hakikat bahawasanya satu hari nanti gelaran ibu yang menyusukan anaknya yang disandang satu ketika akan tiada lagi.

  • Luahan rasa dari hati ke hati, daripada seorang ibu yang masih menyusukan anaknya dan sedang mengingati dirinya, perjalanan penyusuannya akan berakhir tidak lama lagi.


March 24, 2010 - Posted by | Adore BREASTFEEDING, Hanz on Random Matters, Hanz's Tips

22 Comments »

  1. Tadi baru je hampir meleleh airmata komen kat blog izah. Baca blog Hanz terus meleleh..huhuhu…

    Comment by Aishah Megahasz | March 24, 2010 | Reply

  2. oh i faham perasaan u. ni pun tgh sedih kalau2 nursery baru baby SN tak nak terima frozen EBM utk dia

    Comment by yatie chomeyl | March 24, 2010 | Reply

  3. banyak dugaan yang kite kena tempuh kan..takpela meleleh air mata pon..kepuasan dapat menyusukan anak tu yang lebih penting.

    Comment by Farah | March 24, 2010 | Reply

  4. Aduh…patut tambah lagi satu – Meleleh mata ibu ini membaca blog post ni…But all those tears are so worth it kan?

    Comment by glam.mama | March 24, 2010 | Reply

  5. dulu: sedih sebab kena pisahkan susu budak setot tu takut adik dia tak cukup zat dalam perut.(1 tahun 9 bulan egap)punah cita – cita tuk susukan setot selama 2 thun.(dia kena baljo mengalah.)sekarang: kopek kecik..tak penuh cam time pregnant setot dulu.cam lembik jer.dlm ati,cukup ker susu tuk zahra ni..(meleleh lagi airmataku..)

    Comment by Sidratul Muntaha | March 24, 2010 | Reply

  6. bf moment memang sukar digambarkan dgn kata2…my lil Ariff is now 11 months…so harap2 i dpt bf till he's 2 years old…my elder boy dulu i bf sampai setahun setengah ajer…tp memang we gonna miss our bf moments ..that's very true…

    Comment by mama zharfan | March 24, 2010 | Reply

  7. sedih dan menangis!

    Comment by sarakids | March 24, 2010 | Reply

  8. Salam kenal,seddey bc entry nih..tak tahu cm nanti rs bila nak kena stop feeding..hopefully boley b'jaya smp 2yrs and more..Amin..:)btw,nape nursery tu tak terima EBM?

    Comment by MOMMY NADIA | March 24, 2010 | Reply

  9. lelehan air matakuada sinar harapanhuwhuwatakleh bayangkan kalau sudah tarak susu daklam oppai…Hanzorg jepun panggil oppai..nenen

    Comment by Fid | March 24, 2010 | Reply

  10. omg hanz..tq 4 writing this leleh-air-mata-bf thing..hanya kite yg mengalaminya faham dan doa byk2 moga anak2 yg dibf oleh kite ni sentiase dilindungiNya..T_T

    Comment by mama_umar | March 24, 2010 | Reply

  11. owh,..berat sungguh topik kali ni..i knew about bonding by breastfeeding, but i never know it can be this touching..huhu

    Comment by unlisted_one | March 24, 2010 | Reply

  12. i HEART this writing!!

    Comment by Confession of a Coffeeholic Mama-Miya | March 25, 2010 | Reply

  13. saya faham dan merasainya saat ini…

    Comment by Naimatul Hafizah Nor Rodin | March 25, 2010 | Reply

  14. hanz.. saat perpisahan itu amat perit. lebih perit daripada payudara digigit ………..

    Comment by puan punyer | March 25, 2010 | Reply

  15. meleleh air mata baca entry u ni..

    Comment by Elyn | March 25, 2010 | Reply

  16. Dear All BF Moms…Thanks for your shared sentiments & feelings…I'm touched!

    Comment by Hanz | March 25, 2010 | Reply

  17. hanz, i sdih juga sb ebm mkin merudum wpun dah buat mcm2…n tak lama lgi dah nak wean…sdihhhh..baca ni lg sdih…i nak copy msuk blog jg bolehhh????

    Comment by Lady Qay | March 25, 2010 | Reply

  18. sedih juga sbb merasa kekurangan susu setelah balik outstation (itulah padahnya tak kerap pump)..anak tak sampai lagi 2 tahun..jangan la berakhir begitu cepat..Juga sedih dengan si nursery yang janji nak sediakan fridge, tapi dah 2 bulan ku hangkut coolbag dan ice segala hari2..Malam tadi dan pagi ni juga ku sedih makan sup lobak putih dan sawi batang gemuk tu dengan doa agar susu kembali seperti dulu..Serius..Saya pun sangat sedih bertambah sedih baca entry ni..

    Comment by dbalkis | March 25, 2010 | Reply

  19. Sangat suka this entry!!!Boleh copy kat blog I tak?

    Comment by headbart | March 25, 2010 | Reply

  20. Ala Kak, I dah copied. Because suka sangat. But put a link to your blog jugak. I suka sangat-sangat!

    Comment by headbart | March 25, 2010 | Reply

  21. kak, kite tandem nursing skrg.. harituh breastfeedkan Salsabeel masa baru 7 hari, mama dia tetibe emo nangis teresak2 sbb pk lagi 3 bulan rayyan dah genap 2 thn.. hehe rasa cam sedih sgt tetibe syahdu.. lg satu sbb pk dah lama tk spend time read books and drawing with rayyan, sbb sibuk ngan baby baru.. now tgh struggle nk bfd both, and bg equal attention to both. paling seksa rasanya, bile tgh malam rasa sangat lapar, tp stil kena bangun susukan dua2.. bfding can be this so emotional kan..

    Comment by fathinz md nor | March 25, 2010 | Reply

  22. it's touching la Hanz… skang mmg tgh sedih stok susu skit sangat..

    Comment by nadnye | March 25, 2010 | Reply


Leave a reply to Fid Cancel reply