Charm Chameleon Chatterbox

Backup Blog

Saya tak pernah sekolah tadika (Bahagian 1)

Orang selalu bertanya pada saya, “Anak tak sekolah ker hari ni?”

Me akan jawab sama ada “Tak…dia Homeschool..” atau “Dia sekolah ngan Mama nyer..”. Lepas tu sama ada si penanya mendiamkan diri atau terus bertanya lagi. Kalau diam tu, tak tahulah sama ada dia faham ke tidak dengan my jawapan tapi kalau tanya camni, “Homeschool? homeschool kat mana?”

Errrrkkk…camna me nak jawab ya?

Kalau nak jawab kat rumah, dah tentu tak tepat sebab my eldest boy, Hanafi ada bersama-sama me kat opis..tapi satu persoalan yang ketara…apa yang orang faham pasal Homeschool ni? Ingat ada center buat Homeschool ker macam kelas Kumon tu? Ker diaorang Homeschool tu nama tadika?

Sebelum me bagi pendapat & kongsi info pasal homeschool, nak juga tahu pendapat Chit-chatters pasal homeschool..sila beri pendapat atau kongsi cerita atau pengalaman, boleh? Thank you in advance!!!

“Apa yang saya tahu pasal Homeschool?”

Me sendiri adalah produk homeschool tapi tak lamalah..sampai takat tadika jer…yer…me seumur hidup tak pernah bersekolah tadika…my 4 orang abang & 2 orang kakak pun sama..kenapa yer my parents tak hantar anak-anak mereka tadika? Entahlah…me pun tak pasti.

Tapi, apa yang pasti, me dah boleh baca buku cerita Bahasa Malaysia & English dengan lancar sebaik saja masuk Darjah 1. Matematik pun okay. Sampai Cikgu Matematik Darjah 3 marah sama me sebab habiskan buku latihan matematik sebelum Cikgu mulakan topik tu dalam kelas..yelah, sebab me dah buat sendiri, jadi dalam kelas, boring jer..tunggu kawan-kawan baru nak buat, jadi itu sebab me banyak baca buku cerita untuk waktu terluang tu.

Bila dah anak sendiri takdelah automatik terus nak homeschool anak-anak..tapi minat pada Pendidikan Awal Kanak-kanak bermula secara tak langsung masa me jadi Babysitter tak bertauliah.

Lepas grad dan jadi penganggur terhormat, me sampaikan niat nak jaga anak orang..sorang pun jadilah..bab jaga bayi & kanak-kanak, sangat biasa pada my mom…bila my mom dah ada cucu sendiri baru dia stop. So bila me beritahu tu, both mom & dad, cam tak percaya..Biar betul! Reti ker? Yelah..me mana pernah ada adik…tapi biasalah tengok-tengokkan anak kakak & abang…so me cakap, Insya-Allah, boleh..

Tampal iklan kat depan pintu pagar rumah membuahkan hasil. Dapatlah permintaan dari ibu muda baru habis berpantang anak sulung. Mula-mula masa bab nak mandi tu, my mom yang mandikan..takutlah..kecik sangat…sebulan kemudian baru me ambil alih buat semua termasuk mandi. Ingat lagi nama budak kecik tu.. Azalea namanya..comel sangat! Hampir setahun juga me babysit Azalea ni sebelum me mula jadi pekerja & buat part-time studies…

Sepanjang jaga Azalea ni, me suka jadikan dia macam bahan ujikaji..bukan yang mcam kat makmal tu..suka observe perkembangan dia & suka ajar dia..Satu perkara yang paling ketara, me ada gantung soft toys bentuk bintang warna kuning kat buaian dia & sebab warna kuning tu, Azalea jadi peminat warna kuning. Mak dia beritahu, kalau nak beli baju, mesti dia tunjuk warna kuning. Mak dia hairan tapi me tak cakaplah camner jadi camtu…kuat juga influence bintang kuning tu, hehehehe…..

Daripada situlah minat me pada kanak-kanak semakin mendalam & bila ada anak sendiri, me berazam, nak ajar sendiri..tapi masih tak diperkenalkan dengan konsep Homeschool ni. Me cuma merajinkan diri surf internet pasal parenting, education dan sebagainya.

Okaylah, me nak sambung kerja…nanti me cerita pulak, macam mana boleh terjebak dengan Homeschool ni…tunggu…..

January 22, 2010 - Posted by | Adore HOMESCHOOLING, Hanz on Random Matters, Lifestyle on Parenting

9 Comments »

  1. my husband pon tak pernah skolah tadika hanz..i hope i can be like you bawak afif pergi opis semua tapi memang tak dapat la kan..tp semangat nak ajar anak sendiri tu memang dah ada dan i memang ajar afif bende baru setiap hari..seronok sgt tgk die pandai tangkap ape yg kite ajar.

    Comment by Farah | January 22, 2010 | Reply

  2. aiyooo cikgu u mesti tension sbb x smpt ajar, u dh siapkan semua latihan2 tu. klu i sekelas dgn u masa tu, sah2 i pinjam buku u bwk blk umah nk tiru hwork eheh

    Comment by yatie chomeyl | January 22, 2010 | Reply

  3. hanz, sy pegi tadika 3 hari je pastu berhenti!(kes gaduh dgn cikgu hahahaha…cikgu kata ade pisang kaler merah, ku tak percaya!- masa tu sakan bertekak dgn cikgu, pisang mane ade merah!pisang kaler kuning lah!)..pastu tak nak gi tadika..alhamdulillah, wpun mak sy tak berpendidikan tinggi,(setakat form 3 jek), dia berjaya ajar anak nye membaca..start membaca sejak umur 5 tahun….masuk darjah satu, boring baca buku teks darjah satu, i baca my sis darjah 5 punye buku wahahahaha…

    Comment by CatlinaFly | January 22, 2010 | Reply

  4. hanz, boleh x u bukak nursery.. i nak hantar anak i kat u…serius!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!-mama emma®-

    Comment by precious innocent | January 22, 2010 | Reply

  5. sokong cadangan kak emma tu…saye pn nk anta sara la kt u.buley?hiks.

    Comment by lin muhamad | January 22, 2010 | Reply

  6. lorr..anak bongsu rupenyer sis hanz nih..same lah kite ! 🙂 name pun dah nak same ekk..btw,tabik la sama semangat n minat sis hanz pd anak2 , parenting , etc . mcm ni kalo bukak nursery or offer babysit semua org x tolak 🙂

    Comment by ♥ Ummi Hanie ♥ | January 22, 2010 | Reply

  7. yer lah hanz..buka tadika lah hanz.. amik kursus apa tu.. monteseri.. ishh betui kah ejaan… ntah2 sebutan pun salah…

    Comment by kakyong | January 23, 2010 | Reply

  8. hanz.. dah lama booked dia suruh jadi cikgu kat my kids..tapi jauh lah plak kat KD..selalu berangan jea bila nak jadi kenyataan..ajar skit2 jea boleh la tu pun kene refer sana sinin

    Comment by nadnye | January 24, 2010 | Reply

  9. i remember the same problem/boredom i faced during kindy/primary school years.masa tu pulak xde 'lompat kelas'. so, mcm bodoh jer ikut jugak belajar benda yg dah sedia tahu.

    Comment by isabelle | January 26, 2010 | Reply


Leave a reply to Farah Cancel reply